Pelakon lagenda, Norlia Ghani tampil berkongsi satu kisah menarik mengenai nama anaknya yang juga merupakan pelakon iaitu Rusdi Ramli menerusi satu program podcast bernama Siar TV.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Tolak Sekiranya Produksi Tawar Bayaran Serendah RM200 Hingga RM300’ – Norlia Ghani
‘Nama itu P. Ramlee yang bagi’
Menerusi potongan video dimuat naik podcast berkenaan di TikTok, Norlia atau nama sebenarnya Norlia Abdul Ghani mendedahkan bahawa nama Rusdi diberikan sendiri oleh seniman nombor satu negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Sebenarnya nama anak saya diambil sempena judul filem ‘Dr. Rushdi’ dan sebenarnya memang Tan Sri P. Ramlee yang bagi.
Masa penggambaran filem itu, saya tengah mengandungkan Rusdi.
Tambah Norlia, selain dirinya, dua lagi kru produksi yang terlibat dengan penggambaran tersebut turut hamil dan menamakan anak-anak mereka sempena dengan nama watak yang ada di dalam filem arahan P. Ramlee tersebut.
Yang bestnya waktu itu tiga orang mengandung termasuk saya, jurumekap dan ‘set designer’.
Saya menamakan anak saya sebagai Rusdi, jurumekap menamakan anaknya sempena nama watak yang dibawakan Datuk Sarimah iaitu Rozaimah dan ‘set designer’ menamakan anak dia Ruzaiman sempena watak seorang lagi doktor dalam filem tersebut.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya tertarik mendengar perkongsian Norlia itu.
Video
@siardotmy Saksikan video penuh Ruang Temu eksklusif bersama Norlia Ghani hanya di saluran Youtube SIAR TV. #SIAR #siartv #ruangtemu #norliaghani #pramlee #rusdiramli ? original sound – SIAR
Sumber: TikTok Siardotmy