Umum mengetahui, penyanyi, Mafarikha telah dimasukkan ke wad kritikal di sebuah hospital di Kajang, Selangor selepas disahkan dijangkiti Covid-19 tahap lima. Bukan itu sahaja, tulang rusuk kanannya juga telah ditebuk berikutan keadaan paru-paru yang tidak stabil.
Artikel berkaitan: Hospital Saran Mafarikha Tebuk Tulang Rusuk Kanan
Artikel berkaitan: Mafarikha Dijangkiti Covid-19 Tahap 5, Mohon Doa Agar Tak Ditidurkan
Terbaru, Mafa berkongsi pengalamannya di hospital setelah hampir sebulan menerima rawatan.
Meninggal dunia sebelah saya
Menerusi beberapa posting di Instagram Story, Mafa berkata dia sudah dipindahkan ke wad biasa selepas keadaannya semakin baik. Tambah Mafa, sepanjang berada di hospital dia sudah melihat beberapa kes kematian di sebelah katilnya.
Sejak 24 Oktober 2022. 3 pesakit kritikal telah meninggal dunia di sebelah saya. Untuk kekal waras di hospital bukan mudah tapi hidup mesti diteruskan! Saya telah melihat banyak dalam 29 hari ini, seperti pesakit yang jantungnya berhenti selama 6 minit dan hidup semula tetapi mati beberapa jam nanti. Lagi lama dekat sini. Saya fikir saya mungkin bertukar jadi doktor atau jururawat.
Selain pengalaman melihat pesakit kritikal meninggal dunia, Mafa turut mempunyai momen kelakar apabila jururawat memintanya untuk mengira angka 1 hingga 10.
Let’s recap funniest moment l’ve never shared. Ada la satu ketika saya tengah duduk relaks, I don’t know la doktor ni houseman ke apa. Dia suruh I kira 1 to 10 which made me confused sebab l bukannya separuh sedar or tak sedarkan diri or sakit otak, I pun kira la. Lepas tu dia bagitahu doktor senior “see, she can count la 1-10? and the senior doktor was so unimprressed & me sitting there like apakah yang sedang berlaku.
Jaga adab ketika melawat pesakit
Mafa turut berkongsi beberapa adab ketika melawat pesakit yang ditidurkan atau separuh sedar. Menurut Mafa, pelawat jangan meraung atau menangis sekuat-kuatnya ketika melawat pesakit. Di samping itu, pelawat jangan cuba untuk mengejutkan pesakit. Ini kerana, semua pesakit ditidurkan secara sengaja dan bukannya mereka tidur sendiri.
Cuba buat mereka rasa tenang, sebab mereka mendengar. Cakap dengan nada yang perlahan dan tenang. Jangan baca ayat kuat-kuat atau meraung. Jaga adab. Cakap kepada mereka bahawa mereka akan hidup lebih lama lagi dan semua orang sedang menunggu mereka untuk bangun. Jadi, pesakit secara tidak langsung akan berjuang untuk terus hidup.
Sumber: Mafarikha