berita

Hospital Saran Mafarikha Tebuk Tulang Rusuk Kanan

October 27th, 2022 | by Wani
Kini Trending

 

Pihak hospital menyarankan agar Mafarikha menebuk tulang rusuk kanan selepas keadaan paru-paru penyanyi itu berada dalam keadaan tidak stabil.

Artikel Berkaitan: Mafarikha Dijangkiti Covid-19 Tahap 5, Mohon Doa Agar Tak Ditidurkan 

Mafarikha mohon doa umum

Sebelum ini media melaporkan Mafarikha berada dalam keadaan kritikal selepas dijangkiti Covid-19 tahap lima. Menerusi perkongsian terkini, Mafarikha memaklumkan keadaan paru-parunya tidak stabil berkemungkinan bukan berpunca daripada virus Covid-19 tetapi Tuberkulosis (TB).

Prosedur petang ini InsyaAllah akan dijalankan dalam keadaan saya separuh sedar. Saya akan dibius dan pihak hospital akan menggunakan alatan baru. Kemungkinan untuk terkena paru-paru itu ada, tetapi marilah berharap ianya tidak.

Berikutan itu, Mafarikha meminta orang ramai agar mendoakan pembedahan yang dilakukan berjalan dengan lancar.

Sumber: Mafarikha

SKIP THIS AD ×