Penyanyi, Mafarikha Akhir telah dimasukkan ke wad kritikal di sebuah hospital di Kajang, Selangor selepas disahkan dijangkiti Covid-19 tahap lima. Penyanyi berkenaan difahamkan mendapat jangkitan tersebut semasa bercuti di Istanbul.
Artikel Berkaitan: Masuk Hospital Sebab Sukar Bernafas, Aiman Tino Semakin Baik
Artikel Berkaitan: Mohon Maaf Atas Ketelanjuran Kata, Saya Akan Ditidurkan Seketika Untuk… – Sissy Imann
Bukan ‘food poisoning’ tapi positif Covid-19
Menerusi posting di Instagram, Mafarikha, 30, masih menjalani rawatan intensif dan disokong oleh alat bantuan pernafasan sehingga betul-betul stabil. Tambah Mafa, dia baik-baik saja, namun paru-paru dan perut sudah dipenuhi air, buah pinggang juga terganggu.
Menurutnya, dia mengalami muntah-muntah serta badan menggigil semasa tiga hari terakhir berada di Istanbul. Bahkan, semua gejala yang sedang dihadapi sekarang tidak pernah dialaminya sebelum ini.
Masalah hari ini semua yang saya tak pernah alami. Jadi kita tabah saja dekat wad kritikal hospital. Jururawat juga semuanya baik.
Bukan itu sahaja, penyanyi yang popular dengan lagu Angin ini juga mendedahkan, pada mulanya dia menganggap gejala yang dialaminya adalah akibat keracunan makanan.
Ceritanya, masa 19 Oktober, mak saya ingat ‘food poisoning’ sebab itu saja satu-satunya hidangan yang kami kongsi. Malam 19 haribulan tu saya mula menggigil sepanjang malam. Itu satu malam je menggigil.
Doakan saya tak ditidurkan
Memetik laporan Kosmo, doktor telah mengesahkan, Mafa diserang virus berkenaan sejak 19 Oktober lalu ketika bercuti di Istanbul, Turkiye.
Sekarang saya dijangkiti Covid-19 tahap lima. Doakan saya tak ditidurkan. Lapar tapi doktor suruh puasa, tiga hari dah tak dapat makan sebab semua badan ‘reject’. Minum saja boleh.
Difahamkan, setakat ini suaminya masih lagi negatif Covid-19.