berita

‘Nanah, Bengkak Macam Sorok Bola Pingpong’ – Risiko Kanser Mulut, Wanita Kongsi Derita Sakit Gigi

March 3rd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Serangan sakit gigi bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan. Sakit gigi boleh menyebabkan sakit kepala secara tiba-tiba sehingga menyebabkan pesakit sukar tidur malam.

Penjagaan gigi dan gusi adalah sangat penting untuk memastikan kesihatan mulut berada dalam keadaan baik. Jika didapati ada gigi yang berlubang atau rosak, cepat-cepatlah berjumpa doktor ya. Jadikan kisah Puan Mastura Rashid ini sebagai satu pengajaran berguna.

Bengkak sebelah muka

Ini hari mulut dah bernanah dan bengkak teruk. Nampak tak pipi kanan kembung? Masa ni belum migrain lagi.

Siapa sangka, kali ni sakit gigi betul-betul buatkan Fiona hampir lumpuh. Tak mampu bergerak ke mana-mana. Doklah baring sepanjang masa. Minggu lepas, minggu sleeping beauty..eh sleeping zombie Fiona. Gila punya sakit, sampai bengkak besar sebelah muka, dan bernanah teruk dalam mulut.

“You tahu ke, kalau you biarkan gigi you pecah macam tu, boleh kena kanser mulut?”

“I tak risau sepsis, tapi i risau you kena kanser. Bukan tu aje, nanah ni boleh bagi infection sampai otak tau.” Terkedu dengar doktor cakap macam tu.

Punyalah risau Dr. Ganesan bila tengok keadaan mulut Fiona yang teruk tu. Dahlah gigi geraham bongsu rosak, lepas tu pecah sebab reput. Gigi yang pecah tu jadi bentuk cangkuk. Haaa kau bayangkanlah macamana cangkuk tajam tu bergeser dengan dinding pipi setiap masa.

Dari luka kecil dari besar

Masih bengkak pada khamis lepas. Migrain teruk masa ni. Memang tak lalu nak buat apa-apa. Cuma mampu keluar untuk beli kuih dan barang dapur saja. Rasanya fiona tidur lebih 15 jam sehari waktu tengah sakit teruk ni.

Dari scratch, jadi luka kecik. Dari luka kecik, jadi luka besar. Dari luka besar, jadi nanah. Dah nanah, bengkak macam sorok bola pingpong dalam mulut. And then, keluarlah bau gas beracun yang mampu bunuh sekor ular sawa gemuk. Bau mulut tu jangan cakaplah, sungguh serupa gas beracun.

Satu minggu Fiona jadi sleeping zombie. Tak mampu beraktiviti seperti biasa. 4 hari migrain tak hilang. Ni migrain yang kau rasa nak meletus ikut tengah-tengah kepala. Tidur pun kena meniarap sambil meringkuk. Kalaulah dengan hantukkan kepala kat dinding boleh kasi lega, lama dah fiona hantuk.

Masalah serius jika tidak dirawat

Nampak tak serius tak serius masalah gigi kalau tak dirawat?

Lepas tu, mulalah dalam kepala dah teringat-ingat arwah abah yang kena sepsis di mana salah satunya akibat infection gusi yang teruk. Fiona dah mula rasa degupan jantung sekejap kuat sekejap normal. Ada sekali tu dengar bunyi duk duk duk tepi telinga. Panik tiba-tiba. Dok teringat mati je manjang. Hari khamis Fiona terus ke klinik gigi UTC Sentul. Dapatkan surat rujukan untuk ke pakar di HKL esok harinya.

Alhamdulillah, dapat tarikh untuk operation 26 mac 2020.

Nasihat Fiona, kalau sakit gigi, cepat-cepatlah jumpa doktor. Jangan simpan lama-lama, bukan boleh jadi emas pun gigi buruk tu. Silap haribulan, terlantar di wad pulak nanti. Ni pesanan serius okay, dari mangsa gigi buruk. No play play. Doakan operation berjalan lancar. Seram okay sebab fiona memang penakut dengan dentist.

Sumber : Mastura Rashid

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×