berita

Nangis Sambil Kata ‘Saya Jahat’, Wanita Berpurdah Cuba Terjun Jambatan Rupanya Ada Konflik Rumah Tangga

September 30th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Beberapa hari lalu, niat seorang wanita berjubah dan berniqab yang cuba terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Bharu, Kelantan gagal apabila dia diselamatkan oleh orang awam.

Terbaru, Harian Metro melaporkan bahawa punca wanita itu bertindak sedemikian dipercayai kerana mengalami masalah rumah tangga.

Rupanya berdepan konflik rumah tangga

Sebelum ini, mangsa yang berusia 54 tahun itu dipercayai terselamat apabila kakinya tersekat pada jubah yang dipakainya sebelum segera dipegang orang ramai. Menurut sumber, mangsa dikatakan menangis teresak-esak sambil menyalahkan diri sendiri dengan berkata ‘saya jahat’ tanpa menerangkan punca dan perkara sebenar.

Wanita ini kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu iaitu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, mangsa yang merupakan seorang guru mengalami konflik dalam perkahwinan selain turut menghidap kemurungan.

Mangsa tidak menaiki kenderaan ketika ditemui dan dipercayai berjalan dari arah Kota Bharu menghala ke Tumpat. Mangsa cuba terjun disebabkan masalah rumah tangga dan kemurungan.

Tambahnya lagi, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan susulan insiden tersebut.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

SKIP THIS AD ×