berita

‘Nanti Ada Orang Nak Pakai’ – Seolah Tahu Dijemput Ajal, Arwah Cuci Bilik Air Empat Hari Berturut-Turut

November 26th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Setiap makhluk bernyawa yang hidup di dunia ini termasuk manusia semestinya mengalami kematian. Bahkan, tiada siapa pun yang mampu melarikan diri daripada merasai kematian yang sudah ditentukan oleh Allah SWT.

Di Facebook, Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) Malaysia, berkongsi pengalaman menyempurnakan jenazah seorang warga emas yang sepertinya sudah tahu akan kedatangan ajalnya.

Arwah sangat ringan tulang

Kerana kau memuliakan keluargamu, maka Allah memuliakan pengakhiranmu. #KematianYangMenginsafkan 24 November, Alhamdulillah, malam ini kami Skuad SPJM selesai menyempurnakan 1 seruan fardhu kifayah di Hospital Serdang. Allahyarham Mohd Ibrahim Bin Othman merupakan seorang pemandu lori, oleh kerana terkesan dengan wabak fitnah akhir zaman iaitu covid19, arwah hilang pekerjaannya dan dia mengambil keputusan untuk berhenti dan menjaga keluarganya.

Budi pekerti mulia yang dilakukan oleh arwah telah menyenangkan hati pelbagai pihak terutamanya ahli keluarganya sendiri. Diceritakan oleh adik iparnya, Allayarham merupakan seorang yang sangat ringan tulang bila diminta untuk membantu orang lain. Allahyarham meninggal dunia pada usia 51 tahun. Merupakan abang sulung lelaki daripada 12 orang adik beradik dan masih bujang. Segala pekerjaan seperti mengemas rumah, bertukang dan berkebun adalah pekerjaan yang tidak disuruh melainkan dengan rasa tanggungjawab Allahyarham jalankan.

Allahyarham rebah setelah mencuci tandas rumah selama 4hari berturut turut. Kelakuan pelik arwah telah disedari oleh ahli keluarganya dan bila ditanya jawapnya “nanti ada orang ramai nak pakai” . Dikeluarkannya tilam oleh arwah dan letak di ruang tamu katanya nanti ada orang nak tidur sini. MasyAllah sepertinya sudah tahu akan kedatangan ajalnya.

Menurut Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ), arwah Mohd Ibrahim seorang yang mempunyai budi pekerti mulia dan disenangi ramai pihak terutama ahli keluarganya. Meskipun usianya sudah mencecah 51 tahun, arwah sangat ringan tulang dan sering membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan. Tambah SPJ Malaysia, arwah meninggal dunia semasa mencuci tandas rumah selama empat hari berturut-turut.

Semua proses amat mudah

Hujan pun mengiringi kami dari awal kami menguruskan jenazah sampailah ke rumah arwah di tanjung karang, kuala selangor. Kami yang telah diberi amanah untuk menguruskan jenazah ini pun merasa takjub akan jasadnya seperti seorang yang sedang tidur, tersangat lembut walaupun sudah beberapa jam menghembuskan nafas terakhirnya. Ketika proses mandi dan kafan pun bukan dalam jangka masa panjang, amat mudah.

Suka untuk aku memetik potongan hadis diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban, Rasulullah SAW berkata, yang terbaik di antara kalian adalah yang terbaik terhadap keluarga. Marilah kita mengambil ibroh atau pengajaran daripada kisah diatas ini sementara masih ada sisa saki baki hayat. Semoga syurga buatmu wahai anak soleh.

Di akhir perkongsian tersebut, SPJ Malaysia turut memberitahu bahawa mereka berasa takjub melihat jasad arwah meskipun sudah beberapa jam arwah meninggal dunia. Di samping itu, proses mandi dan kafan jenazah arwah juga tidak mengambil jangka masa yang lama.

Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×