berita

‘Nanti Bolehlah Ganti Papa’ – Bapa Sempat Bagi ‘Hint’ Terakhir Sebelum Dijemput Ilahi, Sebak!

November 19th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Ajal, jodoh dan rezeki sudah ditetapkan oleh Allah S.W.T semenjak kita berada di dalam kandungan ibu lagi. Kita sebagai hambaNya perlu reda dengan setiap ujian yang diberikan.

Di Twitter seorang jejaka yang dikenali sebagai Epul, berkongsi kisah sebak kehilangan ayahnya sendiri. Ayahnya meninggal dunia akibat sakit jantung.

Benda paling takut sudah terjadi

Menerusi tweet tersebut, Epul menceritakan ayahnya sudah pergi mengadap Ilahi lima hari yang lepas (14/11). Dia sempat menceritakan detik-detik terakhir sebelum ayahnya meninggal dunia.

ALONGGG BANGUN TENGOK PAPA NI

Pada hari kejadian, ibunya menyuruh dia bangun dari tidur untuk memeriksa keadaan ayahnya ketika itu. Namun, luluh hatinya apabila melihat ayahnya sudah tidak lagi bernyawa. Pada mulanya, dia beranggapan ayahnya hanya pengsan ketika itu. Tetapi, adik kepada ibunya sudah mula mengalirkan air mata.

Adiknya ketika itu sempat menyuruhnya untuk mengerakkan ayahnya untuk bangun seperti biasa. Ketika kejadian, ambulans datang agak lewat, dan menerusi mesin yang digunakan oleh ayahnya menunjukkan nadi dan degupan jantung ayahnya tidak lagi berdegup seperti biasa.

Arwah sakit jantung

Jelas Epul, sebelum ini ayahnya menghidap penyakit jantung dan baru sahaja dimasukkan spring pada minggu yang lepas. Pada mulanya, dia dan adiknya sudah merasakan sesuatu bakal terjadi kepada ayahnya disebabkan kelakuan ayahnya yang mula berubah sedikit demi sedikit.

Hint terakhir

Dia juga menceritakan momen-momen terakhir bersama ayahnya ketika itu. Tambahan pula, ayahnya ketika itu seakan-akan memberi ‘hint’ terakhir sebelum meninggal dunia di rumah mereka. Semasa hari pengebumian, Epul sempat memberikan penghormatan kepada ayahnya buat kali yang terakhir.

Tidak berakhir di situ, dia meminta orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayahnya dan sempat berpesan kepada orang lain untuk menghargai ibu bapa sementara mereka masih ada.

Al-Fatihah

Menerusi ruangan balas, rata-rata kawannya mengucapkan salam takziah dan mendoakan supaya arwah ayahnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Epul

SKIP THIS AD ×