Semua sedia maklum, penyampai radio Linda Onn mempunyai sebuah restoran, My Mom’s Chicken Rice. Sejak mempunyai anak, penyampai radio itu lebih memberi tumpuan kepada keluarga dan restorannya.
Terbaru, Linda Onn dikatakan tidak berpuas hati dengan perniaga tepi jalan menerusi laman twitternya. Aik kes apa pulak ini?
Malaysia Boleh!
Menerusi tweet terbaru Linda Onn, dia meluahkan rasa terkilan dengan perniaga tepi jalan. Dia terpaksa berhadapan dengan pelbagai kos untuk menguruskan sebuah restoran tatkala perniaga tepi jalan lebih senang mencari rezeki. Tweet itu turut mendapat respon netizen yang menganggap Linda Onn perlu profesional. Ini respon dari penyampai radio itu sendiri.
Memang la tak boleh jual murah..
Jimat macam macam niaga tepi jalan
Sewa premis makin naik
Tak salah premis jual mahal
Menggangu parking kat situ
Sumber : Linda Onn