berita

Nas-T Bosan Dengan Soalan Mengenai Bekas Kekasih

February 12th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Fear Factor Malaysia-11

Umum sudah sedia maklum bahawa kisah percintaanya dengan pelakon kontroversi tanah air, Nabila Huda telah lama berakhir.

Namun, persoalan mengenai kisah sebenar yang berlaku antara mereka sehingga menyebabkan terlerainya hubungan tersebut terus diajukan. Malah, namanya juga masih dikaitkan dengan bekas kekasihnya itu.

Artikel Berkaitan: Nabila Huda Putus Cinta Dengan Nas-T?

Nas-T ketika ditemubual di sidang media Fear Factor Malaysia semalam mengakui bahawa dirinya sudah penat untuk menjawab persoalan berkaitan kisah cintanya yang lalu bersama aktres tersebut.

Screen Shot 2014-02-12 at 3.08.29 AMNas-T dan Nabila masih berkawan baik

“Perkara itu sudah berlalu. I pun dah move on, begitu juga dia. Cuma nak menjawab itu yang penat. Tapi I faham bahawa sesetengah orang tidak tahu dan saya kena beri penjelasan sebenarnya. I tak nak nanti followers I ingat yang I ni artis kontroversi.”

Bagaimanapun, pelakon yang mula popular menerusi watak Abu dalam siri televisyen ‘Kami’ itu menjelaskan hubungannya dengan Nabila masih baik sebagai seorang kawan.

“Benda tu tidak memberi kesan kepada persahabatan kami. Sebab saya dan dia pun mulanya berkawan. Masa itu, kami mencuba menjadi lebih daripada kawan.

Apapun, sekarang ini hubungan kami masih baik. Dia ada hal dia, dan saya pun sibuk dengan urusan saya.”

Nas-T juga menambah bahawa dia kini masih bersendiri dan mahu memberi fokus untuk mengembangkan kerjayanya terlebih dahulu.

“Sekarang tengah merancang nak masuk kelas teater untuk dapatkan ilmu lakonan sebenar. Sebelum ini saya tak belajar beerlakon daripada mana-mana. Jadi, lebih elok rasanya kalau dapat seorang guru yang betul-betul pakar dalam lakonan.

Bukan senang nak jadi pelakon sebab mesti ada naik turunnya. Daripada situ I belajar kesilapan, perbetulkan, dan nak pastikan perjuangan I untuk terus kekal dalam industri.”

Fear Factor Malaysia-9Nas T dan peminatnya bergabung menjadi satu kumpulan dalam rancangan Fear Factor

Dalam pada itu, Nas-T yang juga merupakan seorang DJ kelab terkemuka ini tidak lokek untuk berkongsi pengalamannya semasa menyertai pertandingan Fear Factor Malaysia.

“Cabaran Fear Factor kali ini memang hebat dan memerlukan stamina dan minda yang kuat. Bayangkan, kalau dulu I memang boleh makan kambing, tapi lepas salah satu cabaran, I sampai tak boleh nak makan kambing langsung.”

Apa agaknya cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh Nas-T dan 15 pasangan finalis yang lain kali ini ya? Jom sama-sama kita nantikan rancangan Fear Factor Malaysia yang akan bersiaran pada setiap hari Sabtu bermula pada 15 Februari depan.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×