berita

Nasi Putih & Sedikit Sayur Dijual RM2 Di Kantin Sekolah. Wajarkah?

February 14th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

perasaan1

Kantin sekolah mempunyai peranan yang sangat penting dalam menyediakan pengambilan makanan yang sihat dan bersih buat kanak-kanak di sekolah. Ianya dapat membantu perkembangan tubuh dan otak kanak-kanak di peringkat awal. Jadinya sebab itu penting pihak kantin mengambil berat soal pemakanan pelajar di sekolah.

Selain itu juga, pihak kantin juga wajar untuk meletakkan harga lebih murah berbanding premis makanan di luar. Namun janganlah sampai harga murah tapi menjejaskan kualiti makanan. Seperti perkongsian kakak ni, dia rasa terkilan apabila melihat sendiri makanan yang disediakan pihak kantin sekolah anaknya.

Nasi putih dan sayur sahaja

11

YaAllah…hanya kau yg tahu apa yg akan saya ceritakan disini..adalah semata2 ingin meluahkan rasa hiba dan kasihan seorang ibu..dan demi Allah..tiada langsung niat untuk menganiaya atau menjatuhkan orang…saya mohon..pada sesiapa yg mmbaca tulisan sy ini fikir la sndri sama ada ianya patut atau tidak brlaku..kisahnya..

Smlm swaktu rehat kelas koko..sy mnghantar bekal utk anak sy..dan duduk makan di kantin sek..kemudian datang seorang kwnnya dduk pula mkn di sebelahnya..apa yg sy lihat..cara murid itu mkn mmg dia tgh lapar sgt….sedangkan apa yg dimakan (dibeli dr kantin)hanyalah sedikit nasi putih dn sesikit sayur goreng..sy tanyakan..berapa harga? Rm2.00..jwabnya spt hampa..smbil mnguis-nguis sayur spt mncari ssuatu..sy tnya lgi..lauk tu je?..dgn prlahan dia mnjwab..haah..dan..

Sebak tengok lauk di pinggan

Saya perhatikan selepas 2-3 ×..suapannya mulai perlahan..seakan mkn trpaksa..sy tiba2 jd sebak yg teramat..dan rasa bersalah..kerana dalam waktu yg sama ank sy sdg enak mnikmati nasi berlaukkan ayam goreng..kari dn syur..diam2 sy mnangis..toleh pula ke kiri..sorang lagi murid sedang menikmati nasi putih..dengan kepala ikan keli yg diletak sdikit kuah lada kot..YaRabbi…luluh hati…lihat sndri la pd gambar…juga Rm2.00..

Saya juga meniaga mknan..semua org nk untung..tp..jangan la smpai begini..jujur..ikhlas lah..kerana mereka bayar dgn duit..mreka lapar..wlaupn kanak2 mereka juga ada rasa dn perasaan..x bolehkah mereka dilayan seperti anak sndri..tak kesian ke..kita brniaga mncari rezeki..untuk keluarga jadi darah daging dan mahukan keberkatan..dunia akhirat..ptutnya brsyukur kerana kita ditakdirkn brurusniaga dgn anak2 kecil yg sedang mncari ilmu..yg masih suci..yg bersih jiwanya..ahli2 syurga inshaAllah..Allah swt beri jln yg luas utk kita melabur saham utk akhirat..smbil mniaga..xnmpak ke..knp disia2kn..peluang ini..lbih kurang kira sdekah..rugi sgt ke..jgn lah krn mereka ank2 kecil yg xtau apa2..kita ambil ksmpatan..fikir tak..

Bukan anak orang senang

12

Anak anak kecil sepatutnya..disediakan makanan yang baik..yangg berzat kerana mereka dalam proses mmbesar sedang belajar sesunguhnya Allah itu maha melihat…hibanya sy masih terasa hingga ke saat sy sdg menulis ini..airmata masih juga x mahu berhenti..tambahan pula mereka ini kebanyakkannya bkn lah anak2 orang senang..ayah ibu sibok mncari rezeki..dn percaya dgn kita utk mkn minum ank mereka smasa disekolah..tp amanahkah kita klu bgini?!..

Inilah puncanya ank2 sy setiasa ditemani bekal..bkn tujuan sy nk mnunjuk pndai jauh sekali utk mngajar..kerana sy jga serba kekurangan..andai tulisan sy ini mnimbulkan rasa x puashati mana2 pihak..jutaan ampun dn maaf sy pohonkn..sy cuma meluahkan rasa dan pendapat saya sahaja..

Sumber : Hanizam Hassan

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×