Foto: Irdina
Setiap individu sudah pastinya mempunyai pengalaman berdepan dengan detik-detik yang cemas. Bahkan, seseorang itu akan cenderung untuk menjadi panik atau gelabah.
Seperti perkongsian seorang gadis dikenali sebagai Irdina, tampil menceritakan pengalaman ‘cemasnya’ apabila tidak sampai di lapangan terbang mengikut jadual yang telah ditetapkan. Kisah tersebut diceritakan menerusi platfom Twitter dan memperoleh lebih 9k retweet dan 19k tanda suka.
Pengalaman berharga
Kisahnya bermula, apabila gadis ini dijadualkan untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum 6.30 petang. Namun, apa yang mencemaskan apabila kereta datuknya mengalami kerosakan dan kereta tersebut tidak boleh bergerak. Fuhhh memang cuak habis dah ni!
Tetapi, nasib menyebelahi gadis ini apabila seorang lelaki dikenali sebagai Encik Dahlan yang menawarkan diri untuk menghantarnya ke lokasi tersebut.
Semua cemas
Tidak berakhir di situ, pensyarahnya juga mula cemas berikutan dia masih lagi tidak sampai ke lapangan terbang. Mujur ketika itu, terdapat polis bantuan dan peronda PLUS yang tampil memberikan bantuan. Dia ketika itu telah dipelawa untuk menaiki kenderaan polis bantuan.
Jelasnya lagi, dia besar kemungkinan akan tertinggal kapal terbang, jika tidak mendapat sebarang bantuan daripada pihak berkenaan.
Pengorbanan seorang sahabat
Pada masa yang sama, gadis ini sempat menceritakan di mana kawannya terpaksa ‘menunggu’ dan panik apabila dia belum sampai mengikut waktu yang telah ditetapkan.
Bahkan, kawannya juga tidak ikut serta bersama pelajar-pelajar lain mendengar taklimat daripada pihak universiti kerana ‘terpaksa’ menunggu sehingga dia (gadis) ini sampai.
Difahamkan, gadis ini bakal melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tempatan di Korea.
Sumber: Irdina