berita

Nasib Baik Ada 7 ‘Kejutan’ Ini Ketika Konsert Final Akademi Fantasia 2016, Kurang Sikit ‘Sendu’!

October 10th, 2016 | by Shafika
Kini Trending

af2016Semalam, telah berlangsungnya Konsert Akhir Akademi Fantasia 2016 yang menyaksikan 5 orang peserta bertanding bagi merangkul gelaran juara. Jika tahun lepas, kita dapat lihat Sufi menjadi juara.

Untuk tahun ini, Amir yang telah membawa lagu barunya berjudul Pemilik Cinta ciptaan oleh Sri Kandi & Hang Nadim telah berjaya merampas trofi tersebut sekaligus dinobatkan sebagai juara Konsert Akademi Fantasia 2016.

Tapi, macam biasalah. Setiap musim, Akademi Fantasia ni memang tak lekang dengan kejutan dan sendu. Tapi kali ni macam banyak pulak kejutan dia. Haa nak tau tak apa kejutannya? Ada ke agaknya yang sendu?

1. M.Nasir sebagai juri

mnasir

Konsert akhir AF2016 kali ni menampilkan juri undangan Datuk M.Nasir. Siapa tak kenal artis ‘lagend’ Dato’ M.Nasir kan? Tapi, entah di mana silap, apabila rata rata penonton menganggap pihak Astro tersalah memilih juri. Hmm dah kenapa?

twitter1 twitter2 twitter3 twitter4

2. Kemunculan Fattah Amin

kemunculanfattah

Kemunculan Fattah Amin dalam persembahan Reshma membuatkan stadium menjadi gamat. Ramai sangat gadis gadis gilakan Fattah ni. Sampai jadi trending tau di Twitter. Ehem..

fattah1 fattah2 fattah3

3. Persembahan kumpulan ‘KRU’


Yang ni memang terbaik, kecoh stadium dengan kemunculan lagend 3 adik beradik n. Dengan ‘suit’ serba putih. Macho habis! Kumpulan Legend KRU ini mempersembahkan lagu medley ‘Terhangat di Pasaran, Awas, Mengerti dan Fanatik’ di AF2016. Memang menjadi siulan para gadis di luar sana. Cewahh gitu.

4. Persembahan Indigo

Ha..Korang ingat tak kumpulan Indigo yang pernah femes dengan lagu ‘Istimewa’ satu masa dulu. Menggamit memori beb!

5. Kemunculan Maya Karin

maya

Memang cantik sangat Maya Karin sampai memukau mata Amal. Kalau korang nak tahu, Amal merupakan peminat Maya Karin yang fanatik tau. Mana tak terkejut kan?

6. Persembahan Ameng Spring


Wow! Ini pun merupakan kejutan terbaik buat Amir. Dua dua power. Lagu ‘Romantis’ yang dipersembahkan cukup membuatkan para penonton meremang. Bila bergabung memang meletop weh! Ramai penonton memberi pujian ke atas Amir dek kerana suara Amir tidak tenggelam walaupun menyanyi bersama bintang lagend yang sememangnya dah power. Salute!

ameng1

7. Kemunculan Neelofa

neelofar

Kemunculan Neelofa selepas persembahan Amir memang mendapat perhatian ramai. Kononnya Neelofa naik ke pentas untuk membawa adik adiknya (penari latar persembahan Amir) pulang. Cantik sangat Neelofa ni tau!

fanelofa

Sebenarnya kemunculan Fattah & Neelofa adalah untuk mempromosikan drama terbaru ‘Suri Hati Mr.Pilot’ yang bakal ditayangkan di saluran Astro.

aff

Jadinya, korang rasa yang mana kejutan paling korang suka? Bagi yang yang tak sempat tengok konsert semalam, nah kami ‘list’ kan untuk anda senarai penuh pemenang untuk Konsert Akademi Fantasia 2016.

Juara – Amir

Menyanyikan lagu yang berjudul Romantis daripada kumpulan Spring serta single-nya yang terbaru berjudul Pemilik Cinta yang telah dicipta oleh Sri Kandi dan penulis liriknya Hang Nadim. Amir juga turut menerima biasiswa pendidikan dari Universiti Utara Malaysia, kredit membeli-belah sebanyak RM5,000 tajaan 11Street beserta Trofi AF 2016.

Naib Juara – Amal

Membawakan lagu daripada penyanyi kumpulan Samson ‘Bukan Diriku, serta single nya yang terbaru berjudul ‘Aku Kejar’. Amal turut membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM20,000, kredit membeli belah sebanyak RM4000 tajaan 11Street.

Tempat ketiga – Reshma

Menyanyikan lagu daripada penyanyi Lady Gaga berjudul Bad Romance dan sebuah single terbaru berjudul ‘Sayang Jadi Benci’, dengan itu pelajar ini telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM15000, kredit membeli belah sebanyak RM2,000 tajaan 11Street.

Tempat keemapat – Ara

Dengan kemenangan di tempat keempat membolehkan Ara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, kredit membeli belah sebanyak RM2,000 tajaan 11Street

Tempat kelima – Afi

Berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, kredit membeli-belah sebanyak RM2000 tajaan 11Street dan kesemua finalis masing-masing membawa pulang sebuah trofi khas Akademi Fantasia 2016.

Selain itu, anugerah khas fantasi telah berjaya disandang oleh Amir. Apa apa pun kami di Oh Bulan! mengucapkan tahniah dan syabas buat kesemua pemenang AF 2016.

Sumber : Akademi Fantasia , Twitter

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×