berita

Nasib Baik Ada Abang Panda…

January 26th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Seorang lelaki terharu dengan sikap prihatin seorang penghantar makanan yang sanggup mengorbankan masa dan kerja untuk membantunya. Penghantar makanan itu berhenti di hadapan rumah semata-mata ingin memberitahu ada ular tedung di hadapan rumah lelaki ini. Sikap prihatin ini dipuji netizen yang rata-ratanya mendoakannya dimurahkan rezeki.

Ular tedung besar

Terima kasih kepada budak food panda ni kerana sanggup berhenti depan rumah saya lalu memberitahu orang dalam rumah ada ular tedung sedang lepak depan gate rumah. Saya tak ada di rumah sebab kerja dan beliau sanggup menunggu sampai bantuan dari adik serta bapak aku tiba kerana takut ular lari masuk ke dalam kawasan pakir.

Menurut lelaki ini, kebiasaannya dia hanya jumpa ular ini hanya melintas jalan di kawasan perumahannya. Namun tidak sangka kali ini muncul di hadapan rumahnya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada penghantar makanan ini yang sanggup menunggu adik dan bapanya tiba di rumahnya memandangkan dia bekerja.

Semoga kau dimurahkan rezeki..hanya tuhan mampu membalas jasa kalian

Rata-rata netizen memuji sikap prihati penghantar makanan itu yang sanggup berkorban kerjanya semata-mata ingin membantu lelaki ini. Memang betul susah nak cari orang prihatin macam ini.

Harap bagi rating 5

Sumber : Are Dee

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×