berita

‘Nasib Baik Tergerak Hati Nak Datang’ – Wanita Kongsi Detik Cemas Bayi Tertukar, Siap Dah Bawa Balik!

February 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tidak dinafikan, setiap hospital akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk setiap pesakitnya. Namun, ia tidak bermaksud pihak hospital boleh terlepas dari sebarang kejadian yang tidak diingini seperti kes bayi tertukar.

Di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Hafiza mendakwa bayinya telah tertukar dengan bayi pasangan lain. Kejadian tersebut berlaku di sebuah hospital beberapa hari yang lalu.

Kena monitor satu malam

Sekadar gambar hiasan

Alhamdulillah pada 12.2.2021, saya selamat lahirkan si kecil ni secara pembedahan. 15.2.2021, saya discharge dari hospital tapi baby kena tinggal di nursery sebab jaundice. 16.2.2021, nursery call untuk datang tengok baby sebab baby dah turun jaundice dan minta ibu datang untuk tengok cara penyusuan badan. Pada masa yang sama dapat la tengok baby. Tapi baby tak boleh balik sebab kena monitor satu malam. Esok baru boleh discharge. Sebab malam tu baby dah tak duduk bawah lampu.

17.2 mummy call nursery untuk kepastian dan doktor bagitahu tak boleh discharge sebab berat baby turun so kena monitor satu hari lagi. Suami call untuk kepastian dan minta baby dibawa balik sebab baby dah okay dari jaundice dan tak perlu duduk di bawah lampu. Tapi doktor kata tetap tak boleh sebab nak tunggu sampai berat badan baby okay.

Menurut Hafiza, dia telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.1 kilogram pada 12 Februari yang lalu. Tambahnya, dia bersalin secara pembedahan. Selepas bersalin, Hafiza memberitahu bahawa anaknya itu perlu ditahan di hospital kerana mengalami demam kuning. Doktor turut ingin memantau keadaan anaknya pada ketika itu.

Selepas sehari melakukan pemantauan, doktor memanggil mereka suami isteri untuk melihat cara penyusuan buat bayi. Pada hari tersebut juga, mereka yakin bahawa anak mereka boleh keluar dari hospital keesokan harinya. Namun begitu, doktor dipercayai memberitahu bahawa mereka tidak boleh mengambil bayi tersebut kerana berat badannya semakin berkurang.

Salah ambil oleh orang lain

Sekadar gambar hiasan

Saya dan suami telefon lagi pada waktu petang pula dan tanya keadaan anak. Doktor lain pula menerangkan benda yang sama dan sebelum itu saya minta kebenaran nak datang susukan anak. Doktor beri cadangan untuk saya datang ke hospital dan susukan bayi pada pukul 5.30 petang. Terus ke nursery bertanya nurse dan terus dibawa ke baby cot baby,dan saya terus bagitahu nurse berkenaan itu bukan anak saya. Nurse suruh saya semak nama di cot betul nama ibu (nama saya) tapi semak di tag kaki anak nama ibu lain. Ibu di minta tunggu sekejap (maybe pergi cari la kot). Lebih kurang 15-20 minit macam tu tanya nurse, nurse bagitahu boleh panggil suami tak, nanti kita jelaskan.

Oleh kerana tidak sedap hati, mereka suami isteri menelefon semula doktor dan meminta kebenaran untuk datang menyusukan bayi tersebut. Semasa tiba di hospital dan hendak memberikan susu, Hafiza mendakwa bayi yang berada bersamanya itu bukan anaknya. Lantaran itu, dia meminta pihak hospital untuk membuat pemeriksaan semula.

Dalam bilik itu terus diterangkan dan mereka minta maaf sebab baby dah discharge tengah hari tu dan disalah ambil oleh orang lain serta mengaku kecuaian mereka. Mereka telah ambil tindakan segera untuk detect anak saya di mana dan terus hubungi ibu berkenaaan dan bergegas ke lokasi berkenaan untuk ambil anak saya semula. Nasib baik dapat kesan. Baby saya dibawa semula ke nursery dan baby saya ditimbang depan saya dan suami ternyata berat baby saya berbeza dari apa yang diterangkan doktor berkenaan semasa dalam panggilan. Jadi laporan pun tersalah dan tertukar. Petang saya call tu ternyata baby saya sudah tak ada dekat nursery lagi. Nasib baik tergerak hati nak datang balik petang tu. Kalau tak, tak tahu berapa lama dia dah keluar ikut orang lain. Lebih kurang dalam 10 minit baru selesai semua urusan dan saya boleh bawa balik baby ke rumah dengan keadaan sakit ceaser menunggu dari 5.30 sampai 10 malam ( Allah je tahu perasaan tu) Semoga tak berulang lagi lepas ni pada orang lain.

Jelas Hafiza, pihak hospital meminta maaf kepada mereka dan mendakwa kecuaian yang berlaku adalah berpunca daripada mereka sendiri. Susulan daripada itu, pihak hospital telah mengambil tindakan segera iaitu menghubungi ibu yang membawa anak mereka pulang. Ujar Hafiza, mereka bersyukur kerana berjaya menemui anak mereka semula. Tambahnya, kesemua laporan kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak hospital itu juga didakwa tersalah dan tertukar.

Sumber: Nur Hafiza Md Rosli

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×