berita

‘Nasib Tak Sambung Next Line’ – Syamel Konfiden Nyanyi Lagu ‘BTS’, Reaksi Terkejut Ernie Menghiburkan!

August 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Teletah comel pasangan romantik Ernie Zakri dan Syamel sekali lagi mencuri tumpuan apabila mereka berdua membuat IG Live bersama. Sedutan rakaman daripada IG Live itu kemudian dikongsikan semula oleh Rifqie Rozlan menerusi akaun Twitter miliknya.

Salah lagu lah

Menerusi video pendek itu, Ernie memaklumkan bahawa dia amat meminati kumpulan daripada Korea Selatan iaitu BTS. Tambahnya lagi, lagu-lagu daripada kumpulan tersebut sangat sedap didengar. Ketika sedang asyik berbual, Syamel kemudian mendendangkan sedikit lagu ‘Fantastic Baby’, dengan muka yang yakin dia menyangka itu adalah lagu BTS. Ernie pada ketika itu menunjukkan reaksi muka yang terkejut. Dia memberitahu Syamel lagu tersebut bukanlah nyanyian oleh kumpulan BTS sebaliknya kumpulan Big Bang.

Netizen terhibur

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya terhibur melihat tahap keyakinan Syamel selain menyifatkan tindakan Syamel itu seperti teman lelaki yang cuba ‘impress’ teman wanita. Video tersebut telah menerima sebanyak 391 ribu tontonan di Twitter.

Sumber: Rifqie Rozlan

SKIP THIS AD ×