Di Instagram, pelakon, Natasha Hudson berkongsi berita gembira bahawa dirinya sedang hamil anak keempat hasil perkahwinan kelima bersama suami, Muhammad Harits Jasmin atau Jay Jasmin.
Artikel Berkaitan: Tak Boleh Tunggu Lama Sebab Faktor Usia, Natasha Hudson Sedia Hamil
Trimester kedua
Menurut Natasha, kandungannya kini sudah masuk trimester yang kedua dan dia masih aktif melakukan sukan luncur air (surfing).
Jika ada yang tertanya-tanya saya kembali surfing ketika trimester kedua ini, saya sebenarnya tidak terfikir boleh jadi sekuat ini.
Menjadi kuat adalah keperluan untuk semua ibu mengandung. Sebenarnya agak sukar untuk melakukannya dengan keadaan perut sebegini. Namun, saya mampu melakukannya dengan mudah.
Tambah Natasha, dia dapat melakukan aktiviti sukar itu dengan mudah kerana menggunakan teknik yang betul bagi ibu mengandung. Ujarnya lagi, dia akan kekal aktif untuk kehamilan kali ini sama seperti kehamilan sebelum ini.
Sukan lasak itu sangat baik dan memberikan ketenangan. Saya sangat aktif sewaktu hamil tiga anak yang lain dan akan terus aktif untuk kehamilan kali keempat ini sehingga saya bersalin.
Sumber: Natasha Hudson