Sanggup menurukan ego dan mengaku kekurangan diri, pelakon Nazim Othman mengakui belajar banyak perkara menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas isteri iaitu aktres, Bella Dally.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Gagal Sebagai Suami’ – Nazim Othman Enggan Kahwin Lagi, Syukur Bekas Isteri Temui Lelaki Tepat
Artikel Berkaitan: Nazim Othman Kagum Dengan Bakat Pelakon Baharu, Titip Pesanan – ‘Sentiasa Beringat Masuk Industri Bukan Semata Nak Glamour’
‘Muhasabah diri’
Nazim atau nama lengkap Nushrul Alif Nazim Othman, 41, bersyukur serta berasa gembira apabila Bella akhirnya ditemukan dengan seorang insan bernama Arif Izudin.
Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia. Jika tanya siapa manusia terbaik pernah saya jumpa dalam kehidupan, jawapannya adalah dia.
Ketika perkahwinan, ego saya terlalu tinggi. Tetapi semakin meningkat dewasa, saya belajar banyak perkara. Saya muhasabah diri.
Saya bersyukur dia ditemukan dengan seseorang sebaik Arif. Saya gembira untuk mereka.
Nazim berkongsi mengenai perkara itu menerusi temu bual bersama Melodi.
‘Lukakan hati wanita’
Mengulas mengenai kenyataan tidak akan berkahwin lagi, Nazim berkata, dia mempunyai alasan tersendiri selain enggan menyakiti hati mana-mana wanita.
Sekiranya saya akan berkahwin lagi, jawapanya tidak. Saya ada alasan sendiri. Cukuplah sekali sahaja saya berkahwin. Cukup sekali saya lukakan hati wanita sedalam itu.
Saya tidak trauma, tetapi cukuplah. Saya tak sanggup nak melukakan hati wanita lain.
Dalam pada itu, Nazim turut berpesan kepada orang ramai supaya jangan berasa takut untuk mengaku kelemahan diri kerana percaya tiada manusia yang sempurna di muka bumi.
Dalam kehidupan kini, sudah menjadi stigma apabila orang takut menyatakan kelemahan mereka. Semua mahu nampak sempurna, sedangkan manusia itu tidak sempurna.
Terdahulu, Nazim menerusi hantaran di IG Story mengaku gagal menjadi seorang suami yang baik ketika mendirikan rumah tangga dengan Bella.
Sekadar info, Nazim mendirikan rumah tangga bersama Bella pada 10 September 2016. Bagaimanapun, mahligai yang dibina berakhir apabila mereka sah bercerai pada 2 Mei 2018.
Sumber: Melodi