
Kumpulan K-pop popular NCT DREAM sah kembali ke Malaysia menerusi konsert mega mereka, 2025 NCT DREAM Tour <The Dream Shoe 4 : Dream The Future> in Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: Babyface Gegar Pentas Malaysia Pada 30 Oktober, Tiket Dijual Bermula 7 Ogos Ini
Artikel Berkaitan: Konsert Penuh Emosi & Sambutan Luar Biasa, Henry Moodie Terharu Hiburkan Peminat Malaysia
Gegar KL pada 13 & 14 Disember

Dibarisi tujuh anggota iaitu Mark, Renjun, Jeno, Haechan, Jaemin, Chenle dan Jisunh, kumpulan ini bakal menghiburkan peminat selama dua malam berturut-turut pada 13 dan 14 Disember 2025, jam 5 petang di Axiata Arena.
Konsert ini menampilkan konsep ‘space-time travel’ yang membawa peminat merentasi perjalanan muzik NCT DREAM daripada era awal, masa kini, hingga bayangan masa depan.
Persembahan dijanjikan penuh bertenaga dengan koreografi mantap, visual memukau serta lagu-lagu hits yang mengukuhkan reputasi mereka sebagai ‘performance kings’.
NCT DREAM telah memulakan jelajah kali ini dengan kejayaan luar biasa di Gocheok Sky Dome, Seoul selama tiga malam berturut-turut pada Julai lalu. Mereka seterusnya akan menggamatkan pentas di Bangkok, Hong Kong, Jakarta, Singapura, Taipei, sebelum menutup tahun dengan konsert istimewa di Kuala Lumpur.
Menariknya, kumpulan ini sekali lagi menakluk stadium-stadium utama di Asia termasuk Rajamangala National Stadium (Bangkok), Kai Tak Stadium (Hong Kong) dan Jakarta International Stadium, menjadikan KL antara lokasi eksklusif dalam siri jelajah mega ini.
Jualan tiket
Weverse Presale: 2 September, 11 pagi – 6:59 petang di golive-asia.com
Live Nation Presale: 3 September, 11 pagi – 11:59 malam di livenation.my
Jualan umum: 4 September, 11 pagi di golive-asia.com
Harga bagi tiket pula bermula RM398 (CAT 6), RM498 (CAT 5), RM698 (CAT 4), RM698 (CAT 3 STANDING), RM798 (CAT 2) dan RM888 (CAT 1), RM1198 (DREAM VIP PACKAGE SEATED), RM1198 (DREAM VIP PACKAGE STANDING).
Untuk maklumat lanjut dan keahlian percuma Live Nation Malaysia, layari www.livenation.my.








