Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri memaklumkan dirinya kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU).
Artikel Berkaitan: Nora Danish Sangkal Dakwaan Netizen Tuduh Diri Suka Dimanjakan – ‘Saya Kerja Siang Malam Untuk Keluarga & Anak-Anak’
Masuk ICU
Berita mengejutkan itu dimaklumkan Nedim sendiri menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Stroy (IG STory).
Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Mohamad Nedim Nazri ini memuat nak gambar ‘point of view’ (POV) dirinya yang berada di dalam selimut berwarna putih di sebuah hospital swasta.
Dah 41 tahun dan sekarang saya berada di hospital (ICU).
Walau bagaimanapun, Nedim tidak berkongsi maklumat terperinci mengenai sakit yang dihadapinya.
Nora datang melawat
Sementara itu, Nora Danish mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran dirinya melawat bekas suaminya itu di IG Story.
Menerusi hantaran tersebut, Nora memuat naik gambar Nedim yang sedang mendapatkan rawatan dan turut menitipkan kata-kata semangat buat bekas suaminya itu.
Stay strong, Daddy.
Imbas kembali, Nora dan Nedim bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi satu prosiding yang dilakukan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu.
Terdahulu, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif mendedahkan rumah tangga yang dibina bersama Nedim sejak 2017, bergolak pada 29 April lalu.
Namun, pelakon ‘Polis Evo 3’ itu memaklumkan bahawa dia sedang berusaha sedaya upaya untuk menangani situasi yang berlaku dengan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak.
Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl yang berusia enam tahun.
Untuk rekod, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan anak lelaki, Putra Rayqal, 15 sebelum disahkan bercerai pada 2008.
Sumber: Instagram