Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri atau dikenali sebagai Boss Ned mendedikasi sebuah lagu buat bekas isterinya itu.
Artikel berkaitan: Nora Danish Ulas ‘Posting’ Zarina Anjouline Tulis ‘I Miss U Boss Ned’ Di IG – ‘Luahan Rindu Seorang Sahabat, Mereka Sudah Lama Kawan’
Artikel berkaitan: ‘Doa Lebih Sikit Mommy, Semoga Daddy Kuat Untuk Bercuti Dengan Anak’ – Nedim Nazri
‘Lagu untukmu sayang’
Menerusi perkongsian di Instagram Story, lagu yang ditujukan adalah berjudul ‘Dipaksa Berpisah’ nyanyian Yan Josua yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Menurut Nedim, dia mendoakan kebahagiaan Nora dan pada masa sama seakan berharap untuk kembali bersama.
Bagaimanapun, Nedim akur sekiranya tidak lagi berjodohan dan akan sentiasa mencintai bekas isterinya itu.
Lagu ini hanya untukmu sayang @noradanish. Saya doakan kamu bahagia. Kalau dengan saya Alhamdulillah. Tapi kalau bukan, awak adalah cinta dalam hidup saya.
Pada 19 Jun lalu, Nora dan Nedim telah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram