Selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi ragam anak keduanya, Abdullah Abbas yang kerap menangis di tengah malam, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Hasrat Neelofa Berpantang Cara Tradisional Tertunai, Import ‘Kak Dib’ Dari Terengganu -‘Road To 55kg’
Artikel Berkaitan: Abdullah Abbas Nama Putera Kedua Neelofa & Haris
Jadi zombie
Menerusi hantaran di Instagram Story, Neelofa berkata dirinya seakan berubah menjadi ‘zombie’ disebabkan bayinya itu terjaga setiap jam sehingga waktu subuh.
Semalam (Selasa) ummi (Neelofa) zombie teruk, setiap jam bangun dan sampai subuh tu rasa macam nak menangis.
Pada perkongsian yang sama, Neelofa berkata dia hanya dapat melelapkan mata selama satu jam setengah sebelum diganggu oleh anak sulungnya pula, Muhammad Bilal.
6 pagi bagi Abbas dekat pembantu rumah dan sambung tidur sampai 7.30 pagi sebelum Bilal masuk bilik kacau mak dia.
Menerusi perkongsian itu juga, Neelofa turut memuat naik video ‘boomerang’ memperlihatkan suaminya yang juga penceramah bebas, Haris Ismail sedang mendodoikan anak kedua mereka.
Pada 11 Julai lalu, Neelofa selamat melahirkan anak lelaki kedua yang diberi nama Abdullah Abbas.
Sekadar info, Neelofa dan Haris atau mesra dengan sapaan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2020.
Selain Abdullah Abbas, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia 2 tahun.
Sumber: Instagram