

Usahawan terkenal, Neelofa berkongsi telah membuka kelas ilmu di pejabatnya, Nilofa Plus, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Kongsi Detik Pertemuan Dengan PU Riz – ‘Saya Tengah Cari Ustaz Untuk Pengisian Ramadan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Pernah Cuba Ponteng Terawih Beberapa Kali, Lebih Suka Ibadah Tengah Malam – ‘Haris Akan Ceramah Saya’
Kelas ilmu

Menerusi perkongsian di Instagram Stories, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berkata idea untuk membuka kelas itu terjadi selepas melihat sebahagian ruang pejabatnya tidak digunakan
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga memaklumkan kelas ilmu itu turut mendapat sokongan penuh daripada suaminya, Haris Ismail.
Sebenarnya ni pejabat Nilofa Plus, bahagian atas untuk melakukan siaran langsung (live) tapi sebahagian lagi tak digunakan.
Jadi kita tukar pada bahagian untuk buat kelas.
Dalam pada itu, Neelofa meluahkan perasaan syukur terhadap Haris kerana sering mengingatkannya untuk menganjurkan kelas ilmu.
Terima kasih kepada suami kerana tidak jemu membebel dekat saya untuk buat kelas ilmu.
Alhamdulillah semoga kita semua dapat manfaat.
Sumber: Instagram





![[VIDEO] ‘Teguran Kepada Azad, Carilah Konten Patuh Syariah & Beradab..Halal, Haram Jangan Dibuat Gurauan’ – PU Syed](https://asset.ohbulan.com/2026/07/aufMf27t-pu-syed.jpg)

