Pelakon dan usahawa, Noor Neelofa memilih untuk berpantang secara tradisional selepas melahirkan anak keduanya tidak lama lagi.
Pilih bidan kampung
Neelofa ketika ditemui OhBulan! memberitahu, dia akan menggunakan khidmat bidan kampung dari Terengganu untuk menjaganya sepanjang tempoh pantang selama 44 hari. Ujar Neelofa lagi, dia mahu mencuba kaedah baharu selepas berpantang secara moden sebelum ini.
Saya guna bidan kampung suami untuk berpantang. Kalau orang kata penjagaan secara tradisional agak ketat, itu hanya dari mulut orang sahaja. Setiap orang ada pendapat masing-masing, Jadi, saya mengharapkan proses itu dapat memberikan kesan yang baik kepada ibu bersalin.
Isteri kepada PU Hariz ini juga mahu fokus sepanjang tempoh berpantang selain merancang untuk memberikan susu badan sepenuhnya kepada anak keduanya.
Dalam pada itu, Neelofa akui dihimpit perasaan gementar untuk kelahiran keduanya ini. Oleh itu, dia memohon orang ramai mendoakan proses bersalin dipermudahkan.
Berita mengenai butiran (jantina dan nama) anak kedua akan dikongsikan selepas genap tujuh hari bayi kami dilahirkan.
Untuk info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.