Pasangan selebriti terkenal iaitu Noor Neelofa dan suami, Haris Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan PU Riz sudah tiba di Kompleks Mahkamah Majistret Seremban sekitar jam 8:50 pagi tadi untuk prosiding pendakwaan selepas dipercayai melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).
Artikel Berkaitan: Hampir 13 Ribu Orang ‘Sign’ Petisyen Gesa Neelofa Dipenjara
Artikel Berkaitan: Isu Rentas Negeri Beli Karpet, Neelofa & Suami Selesai Beri Keterangan
Neelofa dan suami mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Mengaku tak bersalah
Difahamkan, Neelofa dan suami bukanlah didakwa atas kesalahan merentas negeri ke Negeri Sembilan sebaliknya didakwa kerana gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka ketika berada di sebuah kedai karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei lalu.
Menurut sumber, Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas kesalahan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera sementara suaminya, PU Riz dikenakan jaminan RM10,00 atas dua pertuduhan iaitu tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check-in’ atau menulis secara manual.
Menurut sumber, pasangan selebriti ini mengaku tidak bersalah dan sebutan semula kes akan dijalankan pada 4 Jun depan.
Sumber: Kosmo, Harian Metro