Gara-gara didakwa beberapa kali melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan, nama pengacara dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa telah menjadi bualan hangat di media sosial.
Artikel Berkaitan: Banyak Kali Terpalit Isu Langgar SOP, Netizen Dakwa Neelofa Dah Tak Layak Jadi ‘Idola’
Artikel Berkaitan: Lagi Sekali! Neelofa, Keluarga Disiasat Langgar SOP Aidilfitri Pula
Artikel Berkaitan: Isu Rentas Negeri Beli Karpet, Neelofa & Suami Selesai Beri Keterangan
Hal ini secara tidak langsung mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap selebriti ini dan keluarganya sehinggakan satu kempen dalam talian digerakkan supaya Neelofa dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan melanggar SOP yang dilakukannya.
Ramai dah sign petisyen
Berjudul ‘Langgar SOP: PDRM, Penjarakan Neelofa Segera’, seorang individu dipercayai telah mewujudkan satu petisyen di laman web Change.org yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap selebriti berniqab itu. Neelofa, suami dan keluarganya telah terpalit dengan empat isu termasuklah didakwa melanggar SOP ketika majlis perkahwinan, merentas negeri ke Langkawi dan Negeri Sembilan dan yang terbaru viral video Neelofa dan keluarga melanggar SOP Aidilfitri.
Berdasarkan kesalahan-kesalahan berulang ini, kami desak Kerajaan Malaysia & Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk Neelofa segera dipenjarakan tanpa kompromi sebagai isyarat jelas kepada Kerajaan untuk tidak amalkan undang-undang double standard kepada VVIP & orang kenamaan!
Setakat artikel ini ditulis, sudah hampir 13 ribu orang yang telah menandatangi dan bersetuju dengan isi kandungan petisyen tersebut.
Sumber: Change.org