
Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi pendekatannya dalam mendidik anak-anaknya dengan menerapkan kata-kata positif (Words of affirmation) berunsurkan nilai agama sejak seawal usia tiga tahun.
Artikel Berkaitan: Neelofa Rindu Momen Tunai Haji, Simpan Hasrat Nak Pergi Banyak Kali
Artikel Berkaitan: Netizen Puji Neelofa Bijak Dalam Memilih Suami – ‘Dia Tahu Apa Yang Mahu & Arah Tuju Jelas Sebagai Seorang Muslimah’
Asas akidah dibentuk terlebih dahulu

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Stories (IGs), Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 37, mendedahkan bahawa dia pernah menghiasi bilik anak sulungnya, Muhammad Bilal, dengan pelbagai kata-kata positif yang mengingatkan tentang Allah SWT serta nilai-nilai agama.
Menurut Neelofa, pendekatan itu dilakukan kerana dia mahu mesej-mesej berkenaan sentiasa terpahat dalam ingatan serta menjadi sebahagian daripada pemikiran anak-anaknya sejak usia yang masih muda.
Dulu saya pernah buat words of affirmation dalam bilik Bilal, seperti ‘| Love Allah’, ‘Allah Loves Me’ dan macam-macam lagi.
Selepas mereka boleh faham dan baca, saya buat lagi yang lain seperti ‘I Belong to Allah’, ‘I Love the Quran’ dan ‘I Follow the Sunnah of Rasulullah SAW’.
Kenapa saya buat benda ini pada usia mereka 3 tahun hingga 4 tahun?
Sebab itulah ucapan yang saya nak mereka ingat dan sentiasa bermain dalam fikiran mereka sejak usia yang muda lagi.
Tambahnya lagi, apabila anak-anak semakin membesar, nilai-nilai yang diterapkan menerusi kata-kata tersebut akan sebati dalam diri mereka dan menjadi pegangan dalam kehidupan.
Bila dah membesar nanti, dalam diri mereka dah ada benda itu.
Macam dari kecil, words of affirmation ini sentiasa berada dalam minda mereka.
Dalam pada itu, Neelofa berpandangan bahawa asas akidah perlu dibentuk terlebih dahulu sebelum anak-anak didedahkan kepada matlamat lain dalam kehidupan.
Daripada kita cakap, ‘I Want to Be a Rich Man’, yang itu later on tak apa.
Kita kena buat asas dulu (akidah).
Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas, 2.
Sumber: Instagram







