Terus mengembangkan perniagaan, pasangan selebriti, Neelofa dan PU Riz membuka kedai pertama Nunha Store di pusat beli-belah MyTown, Kuala Lumpur.
Artikel Berkaitan: PU Riz Dilantik Jadi Duta Wakaf Masjid Al-Makmuriah Kelantan – ‘Sasaran Program Ini Memang Golongan Anak Muda’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Mahu ‘Move On’, Enggan Panjangkan Isu Guna Foto ‘Double Meaning’ – ‘Kita Sudah Akui Apa Yang Perlu’
Suami sangat berani
Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa berkata, dia mendapat keberanian untuk membuka kedai yang menjual pelbagai produk di bawah jenama Nunha daripada suami tercinta.
Suami sangat berani, saya tak berani. Tapi Harris cakap ‘trust me.’ Selepas beberapa kali dipujuk, saya pun okay untuk buka kedai. Ini semua hasil usaha encik suami. Saya lebih kepada ambil gambar kemudian promosi.
Kenapa saya takut? Sebab dari pengalaman lepas, saya tahu bisnes bukan satu bidang yang mudah. Mula-mula pembabitan team kami sangat kecil tetapi sekarang sudah bigger. Dengan pihak pengurusan yang betul, kita boleh uruskan.
Masa nak buat pelancaran kedai pun saya asyik tangguh. Tapi sekarang saya rasa adalah masa terbaik untuk launching.
Tambah Neelofa, 35, pembukaan kedai fizikal ini juga sebagai hadiah buat peminat dan orang ramai yang selama ini tidak putus memberi sokongan.
Alhamdulillah, perniagaan yang kami usahakan mendapat respons yang sangat positif pelbagai pihak, terutamanya peminat yang tak henti menyokong.
Jadi, pembukaan Nunha Store di MyTown ini menjadi hadiah istimewa untuk peminat yang mahu mendapatkan produk kami secara fizikal, selain kaedah pembelian dalam talian.
Buka kedai di Kelantan
Sementara itu, PU Riz menyatakan mereka dalam perancangan untuk menambah satu lagi cawangan lain di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kelantan.
Insya-Allah, Nunha Store yang kedua akan dibuka di lapangan terbang di Kelantan, kami sedang usahakan, jadi doa-doakanlah sebab orang Kelantan sukakan produk kami.
Lagipun kedai Naelofar tiada lagi di Kelantan, jadi kami cuba bertapak di sana. Alhamdulillah, saya juga bersyukur produk kami disambut baik terutamanya seperti baju dan The Kaabah.
Menurutnya, The Kaabah yang merupakan produk audio mengandungi zikir dan doa sedang menanti kelulusan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Apa yang istimewanya The Kaabah ini adalah saya dan Neelofa sendiri yang rekod suara dan masukkan ke dalam produk terbabit. Ia pun sudah disemak oleh pihak JAKIM dan kami sedang tunggu kelulusan.
Neelofa baca maksud dan terjemahan Al-Quran dan 33 zikir pagi pula dibacakan oleh saya. Ia mudah dibawa ke mana-mana seperti ke dapur, kereta dan sebagainya.