berita

Neelofa Sekeluarga Sambut Raya Di KL, Bakal Dedah Wajah Abdullah Abbas Syawal Ini?

April 9th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

neelofa

Sama seperti beberapa tahun sebelum ini, selebriti popular Noor Neelofa memaklumkan dia dan keluarganya menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Jawab Dakwaan Tidak Empati Ketika Memberi Pandangan – ‘Saya Bukan Ustazah, Topik Mak Ayah Susah Diperdebatkan’

Artikel Berkaitan: Pernah Tercekik Ais Waktu Kecil, Neelofa Trauma Jika Terjadi Kepada Bilal – ‘Dia Tengah Makan, Saya Akan Facetime’

Raya Kl

Neelofa

Menurut Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dia akan pulang ke kampung halaman di Kelantan sekiranya berkesempatan.

Raya tahun ini sangat simple, sama seperti beberapa tahun ke belakangan ini. Saya raya di Kuala Lumpur, tetapi jika ada kesempatan masa dan ruang untuk balik ke kampung (Kelantan) insya-Allah balik.

Sejak musim Covid-19, memang dah raya di KL sahaja. Lagipun keluarga Haris pun berada di KL. Senang semua di sini.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tayangan Perdana Raya Astro 2024 yang berlangsung di Le Meridien, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah popular Haris Ismail atau PU Riz itu berkata persediaan menyambut raya dilakukan dalam keadaan sederhana.

Persediaan baju hanya sehelai sahaja, yang hari-hari seterusnya pakai baju yang sedia ada.

Sementara itu, disoal adakah peminat bakal menyaksikan wajah anak keduanya iaitu Abdullah Abbas pada Syawal ini, Neelofa tidak dapat memberikan kepastian.

Tidak tahu lagi, tengok lah bagaimana.

Imbas kembali, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3, dan Abdullah Abbas yang dilahirkan pada 11 Januari lalu.

SKIP THIS AD ×