berita

Pernah Tercekik Ais Waktu Kecil, Neelofa Trauma Jika Terjadi Kepada Bilal – ‘Dia Tengah Makan, Saya Akan Facetime’

March 22nd, 2024 | by Maya
Kini Trending

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa berkongsi pengalaman trauma waktu kecil yang meninggalkan kesan sehingga hari ini.

Artikel berkaitan: [FOTO] Neelofa & Suami Titip Doa Buat Putera Sulung, Ucap ‘Happy Birthday Bilal Ku Sayang’

Artikel berkaitan: Neelofa Syukur Bilal Pandai Kira Nombor, Kenal Huruf & Baca Surah-Surah Pendek Pada Usia Setahun 10 Bulan

Tercekik ketulan ais

Menerusi perkongsian di TikTok Era, pada usia Neelofa lebih kurang lima tahun, dia pernah tercekik air batu sehingga sukar untuk bernafas.

Tak pasti umur saya waktu itu empat atau lima tahun, saya tercekik ketulan ais sampai tak boleh bernafas. Masa tu memang muka dah biru, tercungap-cungap dan nasib baik ada mak dan ayah saya di rumah nampak.

Saya tepuk-tepuk pembantu rumah daripada belakang nak suruh tengok kita tengah tercekik, tapi dia basuh pinggan buat tak tahu je sebab dia ingat kita nak main.

Mak saya nampak saya pelik daripada bilik, jadi dia jerit lepas tu ayah saya datang, semua datang dan terus ambil air suam masukkan (dalam mulut) untuk cairkan ais tu.

Takut terjadi pada Bilal

Menurut isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail ini dia akui trauma dan panik jika anaknya tercekik sewaktu sedang makan.

Benda tu sampai hari ni masih lagi jelas dalam memori saya.

Bila dah ada anak kecil, Bilal, bila bab makan memang saya trauma. Kalau dia tercekik sikit saya macam dah panik gila.

Jadi kalau saya dekat luar, orang gaji saya tengah kasi makan (Bilal), saya akan Facetime sambil tengok apa dia makan.

Selain itu, Neelofa turut menyediakan beberapa alat peranti tercekik buat pembantu rumah bagi mengawasi anak-anaknya sekiranya berlaku insiden tercekik.

Dekat rumah saya ada lebih daripada satu ‘chocking device’. Walaupun dia nak pergi bawah main dekat playground pun, saya suruh bawak ‘chocking device’ tu.

Ke mana saya pergi, saya akan bawa dalam beg saya.

Sumber: era.je

SKIP THIS AD ×