berita

Neelofa Selebriti Paling Popular Di Twitter Malaysia Sepanjang 2020! Justin Bieber Pun Kalah

December 29th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Lagi beberapa hari sahaja lagi, tahun 2020 bakal melabuhkan tirai. Sudah pasti pelbagai kenangan manis, pahit, suka dan duka telah dilalui oleh korang semua sepanjang tahun ini. Meskipun dunia masih dilanda wabak Covid-19, tahun 2021 yang bakal tiba diharapkan menjadi tahun yang lebih baik buat semua di dunia ini.

Di Twitter, pengacara dan usahawan terkenal iaitu Noor Neelofa, telah dinobatkan sebagai selebriti paling diperkatakan di Twitter Malaysia sepanjang tahun ini. Perkara tersebut diumumkan menerusi kiraan yang dibuat oleh platform media sosial berkenaan.

2020 most tweeted!

Menerusi kiraan media sosial tersebut dan #ThisHappened, Neelofa berada di kedudukan pertama dan diikuti pelakon T.Vijay, Mew Suppasit dan Yuna. Selain itu juga, bekas pengacara ‘Meletop’ itu berjaya mengalahkan Ariana Grande, Justin Bieber dan Ali Gatie, yang berada di kedudukan keenam, ketujuh dan kelapan.

Twitter Malaysia turut mendedahkan mengenai beberapa tanda pagar yang popular dan digunakan sepanjang tahun ini. Antara tanda pagar tersebut ialah #Covid19 #DudukRumah #kitajagakita. Bagi #Covid19, tanda pagar itu telah digunakan sebanyak 400 juta kali di seluruh dunia.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×