berita

Nekad Cantik & Langsing, Catriona Ross Turun 17 Kg… Makin Hot Pula Tu!

February 21st, 2017 | by Arini Saleh
Make-It-Senang

ohbulan_catrionaross

Nampaknya selepas berkahwin kebanyakan artis mengambil keputusan untuk bergerak ‘slow’ dan lebih fokus kepada kehidupan berumahtangga. Sebagai contoh Elyana, Fauziah Ghous, Eina Azman dan ramai lagi.

Pelakon jelita Catriona Ross ini juga sudah lama tidak muncul di kaca televisyen selepas berkahwin. Tup tup baru-baru ini tampil langsing, meletup dan ‘vogue’. Semakin kurus dan cantik! Patutla cik abang semakin cemburu. hehe. Jom baca tips kurus dan langsing pelakon cantik ini.

Kurang 17 kg dalam masa 5 bulan

Screen Shot 2017-02-20 at 11.32.28 PM

Pelakon ini mengambil masa kira-kira lima bulan untuk menurunkan berat sebanyak 17kg. Menurutnya bukan mudah nak turunkan berat lebih-lebih lagi setelah melahirkan 3 orang anak. Namun, beliau nekad diet untuk kelihatan langsing dan cantik. Hasilnya berat badan Catriona kini 58kg berbanding 75kg sebelum ini.

Daki gunung, berenang, eat clean

Screen Shot 2017-02-20 at 11.46.44 PM

Berikut merupakan 5 tips berguna yang dilakukan selama lima bulan proses menurunkan berat badan:

1. Daki gunung
“Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,”

2. Berenang
“Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,”

3. Eat clean diet
“Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih)  sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,”

Makanan berkukus tanpa minyak bersama brown rice

Screen Shot 2017-02-20 at 11.08.29 PM

4. Makanan kukus tanpa minyak
“Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,”

 5. Beras Perang
“Saya tetap makan nasi, cuma tengahari saya makan brown rice (beras perang) bersama lauk yang saya masak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya juga cepat,”

sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×