berita

Nekad Lamar Suami Setelah 3 Bulan Berkenalan, Jangan Malu Jadi ‘Perigi Cari Timba’

October 4th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Jodoh setiap manusia telah ditetapkan oleh Tuhan sama ada cepat ataupun lambat. Ini kisah yang dikongsi oleh Aty Razali yang berkongsi pengalamannya berjumpa suaminya di gunung. Siapa sangka perkenalan yang singkat membawa pasangan ini ke jinjang pelamin.

Jumpa jodoh di gunung

Foto: Aty Razali

Aty mula mengenali suaminya pada 7.03.2020 ketika pertama kali mereka berdua mendaki gunung bersama. Pada mulanya, Aty membuat open trip untuk mendaki Gunung Minitinduk dan suaminya ketika itu menjadi orang terakhir yang berminat dan mendaftar untuk menyertai trip tersebut. Pada mulanya, suaminya tidak dapat menyertai trip tersebut kerana mempunyai hal yang lebih mustahak. Tapi pada saat akhir, suaminya kembali setuju untuk menyertai trip tersebut.

Sebelum ini, mereka hanya berkenalan melalui laman media sosial Facebook. Tarikh 7.0.3.2020 menjadi tarikh bermakna buat pasangan ini apabila mereka berjumpa untuk kali yang pertama.

Ajak kahwin

Foto: Aty Razali

Perigi cari timba? Ikut la persepi masing-masing.Kalau suka usaha, kalau mahu tunggu orang bawa kawin padahal suka sama suka dua-dua sampai bila pun tidak jadi. Tiada salah pun kalau perempuan yang mulakan dulu.Yang penting dengan cara baik ja.Kalau ditolak mungkin bukan jodoh, berlapang dada.Tuhan akan bagi yg terbaik tepat pada masa. Jangan risau.

Ketika 15.5.2020 Aty bertindak menghantar pesanan kepada suaminya dan mengajak untuk berkahwin secara tiba-tiba. Suaminya ketika itu turut setuju dengan lamaran Aty dan diteruskan denga acara merisik pada 4.07.2020. Aty ketika itu sempat bertanyakan kepada suaminya, kenapa terus memberi jawapan sanggup berkahwin dengannya. Jawapan suaminya ketika itu, cukup ringkas kerana dia takut jika dia yang terlebih dahulu membuat langkah, cintanya akan ditolak oleh Aty.

Aty turut menceritakan mereka berdua tidak sempat untuk bercinta seperti pasangan-pasangan lain disebabkan sibuk bekerja. Mereka hanya sering Whatsapp dan topik Covid-19 sering menjadi topik utama yang dibahaskan. Tambahan pula, waktu kerja mereka yang berbeza di mana Aty bekerja di hospital manakala suaminya merupakan seorang guru.

Hiking bukan untuk cari jodoh

Foto: Aty Razali

Jelas Aty, niatnya untuk mendaki gunung bukanlah untuk mencari jodoh semata-mata dan dia langsung tidak terfikir untuk mencari jodoh ketika mendaki. Aktiviti ini merupakan aktiviti santai yang dilakukan bagi mengisi masa yang terluang ketika cuti setelah penat di tempat kerja. Aty mula aktif dengan aktiviti mendaki gunung sejak tahun 2019.

Pasangan ini turut meminta orang ramai untuk mendoakan kebahagiaan mereka selepas mendirikan rumah tangga. Kini, perkahwinan pasangan ini telah menyambut sebulan ulang tahun perkahwinan mereka.

Sumber: Aty Razali

SKIP THIS AD ×