Sebelum ini, perkongsian pelakon Nelydia Senrose mencuri perhatian warganet apabila memberi bayangan hatinya sedang hancur.
Artikel Berkaitan: Nelydia Senrose ‘Terbang’ Ke Luar Negara, Beri Bayangan Sedang Patah Hati – ‘Saya Tidak Ok’
Impian jadi kenyataan
Meskipun tidak mendedahkan punca membuat luahan sedih, rata-rata netizen mengaitkan dengan rumah tangga Nelydia dan suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid apabila aktres itu membawa diri ke luar negara hanya ditemani adik lelaki.
Terbaru, Nelydia dan suami dilihat menonton konsert Beyonce Knowles secara langsung di Tottenham Hotspur Stadium London.
Menerusi Instagram Stories, aktres berumur 29 tahun ini memuat naik beberapa momen video memasuki ruang Beyonce Renaissance World Tour yang dirakam oleh Hafez.
Kata pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen, itu adalah hari paling gembira kerana dapat mengembalikan semula memori ketika umur belasan tahun.
Dalam pada itu, aktres Che Puan Syamim Farid dan suami, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari turut menghadiri konsert Beyonce selain berkongsi foto berempat ketika berada dalam stadium.
Untuk rekod, Nelydia mendirikan rumah tangga dengan Hafez yang merupakan ahli perniagaan pada 6 April 2019.
Sumber: Instagram