Pempengaruh media sosial, Nelysa Norazlan berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Ahad.

Artikel Berkaitan: Nelysa Norazlan Kongsi Pengalaman Bersalin Normal Tak Koyak – ‘Saya Ambil Kelas Pernafasan & Kerap Minum Air Kelapa’

Nelysa luah rasa syukur

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nelysa menitipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan serta meluahkan rasa syukur atas kelahiran keduanya itu.

Alhamdulillah, Nely selamat melahirkan anak lelaki kami yang kedua pada 13 Julai 2025 tepat pukul 10.46 pagi.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan Nely.

Menerusi perkongsian yang sama, pempengaruh berusia 27 tahun ini turut menitipkan kata-kata semangat buat wanita yang masih berjuang untuk mendapatkan cahaya mata untuk tidak berputus asa.

Kepada para ‘Trying To Conceive’ (TTC), kami semua mendoakan kalian.

Semoga satu hari nanti ahli keluargaku, sahabat dan ‘followers’ yang belum merasa menjadi seorang ibu bakal merasai momen ini juga. Amin Ya Rabbal Alamin.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan ucapan tahniah dan mendoakan kesejahteraan cahaya mata baharunya.

Untuk rekod, Nelysa dan suaminya, Muhammad Multazam Nasir mendirikan rumah tangga pada November 2022 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Sumber: IG Nelysa Norazlan