Seorang wanita di Amerika Syarikat yang menjadi ibu tumpang kepada anak lelakinya sendiri telah berjaya melahirkan seorang cucu perempuan pada 2 November lalu.
Nenek lahirkan ‘cucu sendiri’
Menurut sumber, wanita yang dikenali dengan nama Nancy Hauck berusia 56 tahun itu bersetuju menjadi ibu tumpang kepada anaknya, Jeff, 33 dan Cambria, 30 memandangkan menantunya mempunyai masalah kesihatan. Difahamkan, Cambria telah menjalani histerektomi (pembedahan buang rahim) pada September 2021 selepas kelahiran traumatik anak kembar kedua mereka sebelum ini. Nancy bertarung nyawa selama sembilan jam di dalam bilik bersalin demi melahirkan cucu perempuannya, Hannah.
Semuanya berjalan dengan sempurna dan kami berasa sangat bertuah kerana memilikinya (Hannah) dalam keluarga kami.
Bercerita dengan lebih lanjut, Nancy memberitahu dia disahkan hamil pada Februari selepas melakukan rawatan hormon pada Januari lalu selain menyuntik dirinya setiap hari selama 12 minggu dengan bantuan suaminya, Jason, 59. Menurut sumber, Jeff dan Cambria memiliki dua pasangan kembar iaitu Vera dan Ayva, berusia 4 tahun, serta kembar kedua ialah Diesel dan Luca, kini 13 bulan. Keempat-empat anak pasangan ini dilahirkan melalui rawatan Persenyawaan in Vitro (IVF).
Sumber: New York Post