Penggunaan cecair pembasmi kuman kini dijadikan sebagai norma baharu dalam mengekang penularan wabak Covid-19. Namun, penggunaan cecair ini telah disalah guna oleh seorang nenek di Manitoba, Canada.
Teixiera, bertindak menyuap cucunya Logan, dengan cecair pembasmi kuman ini kerana bungkusan cecair pembasmi kuman tersebut mirip dengan bungkusan makanan yang lain.
Mirip bungkusan makanan
Foto:The Sun UK
Kejadian ini terjadi apabila Teixeira, menganggap bungkusan cecair pembasmi kuman ini merupakan puri buah yang selalu dimakan oleh cucunya. Setelah Logan, disuap dengan cecair pembasmi kuman itu, dia mula batuk dan pengsan selama lima minit. Taxiera mula sedar bungkusan makanan yang disuapnya merupakan Hand Sanitizer yang boleh membunuh 99 peratus kuman.
Teixeira yang cemas ketika itu, bertindak memanggil jirannya dan menelefon 991 untuk mendapatkan bantuan bagi cucunya. Kini, Logan berada di hospital untuk rawatan selanjutnya.
Dibeli untuk kakak
Foto: The Sun UK
Menurut ibu Logan, Nikki Teixiera, dia membeli cecair pembasmi kuman itu untuk anak perempuannya yang berusia tujuh tahun. Bungkusan cecair pembasmi kuman yang menarik dan comel itu dianggap sesuai untuk anaknya bawa ke sekolah. Dia juga tidak menganggap bungkusan cecair pembasmi kuman itu sebagai makanan kerana bungkusan itu jelas menunjukkan Hand Sanitizer, Kills 99% Of Germs.
Teixiera, turut memberi nasihat kepada orang ramai agar berwaspada dan tidak mengulangi kejadian yang telah berlaku ini. Kini, syarikat Smart Care telah dihubungi dan produk tersebut harus dihentikan jualannya untuk sementara. Hal ini demikian kerana, untuk mengelakkan daripada masyarakat bimbang dan salah tanggapan terhadap produk tersebut.
Sumber: The Sun UK