Nenek kepada pelakon Zahirah Macwilson iaitu Faridah binti Nyak Mohamad telah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad sekitar jam 8:30 malam.
Artikel Berkaitan: ‘Keadaan Makin Teruk, Berhalusinasi & Merungut Nak Balik Rumah’ – Zahirah Macwilson Reda Jika Nenek ‘Pergi’
Artikel Berkaitan: Zahirah Macwilson Kongsi Perkembangan Kesihatan Nenek Tercinta – ‘Masih Bertenaga & Ingatannya Masih Kuat’
Salam takziah
Berita duka itu dikongsikan Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson, 29 di Instagram rasmi miliknya.
Betapa bertuahnya saya memiliki nenek seperti awak, bertuahnya saya diberi peluang untuk menjaga dan berada di sisi nenek sehingga nafas terakhir nenek.
Isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu akui pasti akan merindui gelak tawa dan momen-momen bahagia bersama Allahyarhamah.
Saya pasti akan rindu gelak tawa, minat nenek terhadap drama melayu, rutin pagi nenek iaitu baca surat khabar, masakan sedap yang nenek dan hati awak yang sangat luar biasa.
Terima kasih kerana menjadi peminat saya, insan yang menyimpan semua artikel berkaitan saya.
Selain itu, Zahirah akui kehidupan mereka sekeluarga selepas ini tidak akan sama tanpa kehadiran Allahyarhamah.
Zahirah menitipkan doa agar Allahyarhamah neneknya ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang beriman.
Terdahulu, Zahirah memaklumkan neneknya telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami kegagalan buah pinggang, jantung lemah dan paru-paru berair.
Sumber: Instagram Zahirah Macwilson