Perempuan mana yang tidak gembira apabila pasangannya menghantar rombongan meminang ke rumah. Betul tak? Pasti korang teruja apabila hubungan cinta yang terjalin bertahun-tahun akhirnya bakal melalui fasa terakhir sebelum hubungan korang menjadi sah.
Menerusi Twitter Syuhaila Rahmat, wanita tersebut kongsi moment bakal ibu mertuanya menyarungkan cincin di hari pertunangannya. Siap menggigil teruk tangannya pada waktu itu!
Nervous teruk
Waktu sarung cincin ni lah yg paling nervous sebab semua org tengok, tangan menggigil teruk & sejuk beku ?
Anddd dengar lah apa bakal umi mertua saya cakap haihhhh ???? pic.twitter.com/5xCCeRFcYv
— Syuhaila Rahmat (@Nsyuhailarahmat) June 23, 2019
Menurut Syuhaila, waktu sarung cincin merupakan saat paling nervous buat dirinya sehinggakan tangannya menggigil teruk dan sejuk beku. Video tersebut turut mencuri tumpuan netizen apabila bakal ibu mertuanya menititip nasihat manja buat dirinya.
Thank you bakal umi
Syuhaila turut beryukur kerana bakal mempunyai ibu mertua yang sangat baik seperti diidamkan oleh dirinya selama ini.
Terima kasih memilih pertunangan
Perkongsian video Syuhaila di Twitter telah mencuri perhatian Dai Wan. Menurut Dai Wan, dia sangat gembira apabila pasangan tersebut memilih majlis pertunangan sebagai cara mengikat hubungan mereka.
Nasihat buat pasangan bertunang
Dai Wan turut meninggalkan pesanan supaya pasangan itu perlu mencari keserasian dan kesefahaman sewaktu dalam tempoh pertunangan.
Bawalah orang ketiga kalau nak keluar
Setiap fasa perhubungan ada dugaan
Dai Wan turut mendoakan kesejahteraan hubungan Syuhaila dan pasangannya selain berpesan supaya mereka bertenang ketika menghadapi apa jua dugaan dan cabaran.
Sumber: Syuhaila Rahmat & Dai Wan