berita

Nestlé Beri Ganjaran Kepada 17 Badan Amal Dengan Gaji Selama Setahun!

August 21st, 2020 | by Azyan
Kini Trending

Nestlé baru-baru ni melancarkan peraduan Gaji Seumur Hidup yang merupakan antara inisiatif bagi menghargai pelanggan setianya. Dengan lebih 1 juta penyertaan, selepas 15 minggu kini Nestlé mengumumkan siapa pemenangnya.

Yang buat lagi best, pemenangnya bukan saja terhad kepada individual, tapi juga badan amal. Bukan satu, tapi 17 badan amal yang diberi ganjaran oleh Nestlé selama setahun sebanyak RM684,000!

Yayasan Amal Malaysia & PERTIWI bertuah dipilih oleh pemenang utama

Kedua-dua pertubuhan amal yang dipilih oleh dua pemenang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup ini akan menerima sebanyak RM72,000 daripada Nestlé tau! Bukan senang nak dapat tu.

Mesti korang pelik kenapa dah ada grand prize winners, tapi pemenang-pemenang masih boleh pilih NGO yang diaorang nak untuk diberi sumbangan?

Ini kerana Nestlé komited untuk membawa impak positif kepada masyarakat,lagi-lagi time Covid-19 yang melanda negara. Bantuan sebegini amatlah diperlukan.

Nestlé juga berharap inisiatif ini boleh menjadi titik permulaan untuk orang ramai membantu komuniti yang lebih memerlukan.

Yayasan Amal Malaysia

Yayasan Amal Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 2001 dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS). Objektif penubuhan Yayasan Amal Malaysia terbahagi kepada 4 iaitu kemanusiaan, pendidikan, kesihatan dan kemasyarakatan.

Antara program dari Yayasan Amal Malaysia ialah menubuhkan Pusat Dakwah Serantau (PDS) disamping membuat misi kemanusiaan di beberapa negara seperti Aceh, Palestine, Yaman, Sudan, China, Timor Leste, Bangladesh dan banyak negara lain! Klik sini untuk ketahui lebih lanjut mengenai badan amal ni.

PERTIWI

Manakala PERTIWI pula, merupakan badan amal yang objektifnya adalah untuk melaksanakan projek dan kegiatan pendidikan dan latihan yang berkesan bagi kemajuan wanita dan kanak-kanak di Malaysia.

Antara program dari PERTIWI ialah Dapur Mesra PERTIWI, Perkhidmatan Kesihatan PERTIWI, Kasih PERTIWI dan mereka juga ada Program anak angkat! Korang boleh klik dekat sini untuk ketahui lebih lanjut megenai PERTIWI.

Korang juga boleh join NGO-NGO ni tau!

Korang pun boleh bawa perubahan kepada masyarakat dengan  join aktiviti mereka ni! Korang boleh try turut serta dalam Dapur Mesra PERTIWI yang dijalankan sebanyak 4 kali seminggu. Aktiviti Dapur Mesra ni ialah memberi makanan kepada 500-700 yang tiada tempat tinggal dan juga kepada miskin tegar.

Korang boleh hubungi nombor ni [+6012 236 3639] untuk maklumat lanjut!

Dan kalau untuk Yayasan Amal Malaysia pula, antara aktiviti mereka ialah Infaq Ramadhan 2020 Yayasan Amal Malaysia, memberi tudung kepada frontliner.

Cara untuk menyumbang senang je guys, korang boleh klik dekat sini je untuk menyumbang.

15 organisasi amal lain pula menerima RM36,000 bagi setiap organisasi dari Nestlé!

Selain daripada Yayasan Amal Malaysia dan PERTIWI, 15 organisasi amal lain yang dicalonkan oleh setiap finalis juga akan menerima sebanyak RM36,000 bagi setiap organisasi daripada Nestlé selama setahun! Pertubuhan amal tersebut ialah:

Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar Malaysia (DHRRA Malaysia)

 

Organisasi ini membantu komuniti yang memerlukan melalui inisiatif-inisiatif membasmi kemiskinan dan pembangunan kapasiti. Korang boleh klik dekat sini untuk ketahui dengan lebih lanjut!

Yayasan Dignity for Children

 

Yayasan ini membantu kanak-kanak miskin bandar dan luar bandar untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik dan dapat menghapuskan kitaran kemiskinan. Klik sini untuk join misi mereka!

Yayasan Bantuan Makanan (Food Aid Foundation)

Yayasan bantuan makanan merupakan badan amal yang berkerja sebagai Food Bank. Mereka mengumpul makanan yang hampir expired, barangan yang ditamatkan pengeluaran dan sebagainya untuk disalurkan kepada orang yang memerlukan. Korang boleh support untuk menyumbang atau menjadi volunteer disini!

Global Peace Foundation

Join misi kemanusiaan dengan Global Peace Foundation! Program jangkauan termasuk inisiatif pendidikan, kesihatan, menyediakan air bersih kepada komuniti orang asli dan macam-macam lagi! Klik disini untuk ketahui lebih lanjut!

Global Peace Mission Malaysia

Organisasi ini memberi bantuan kemanusiaan antarabangsa termasuk negara yang dilanda perang dan mengalami bencana alam.Klik sini untuk fahami dengan lebih lanjut.

Pusat Autisme IDEAS

Di Pusat Autisme Ideas  mereka membantu kanak-kanak autism dari keluarga yang kurang kemampuan untuk mendapat penjagaan, terapi dan juga pendidikan yang sesuai pada waktu bekerja. Dengan cara ini, ibu bapa boleh ke pejabat tanpa gusar. Berminat untuk menyertai mereka? Korang boleh klik dekat sini!

Persatuan Jagaan Hospis Kasih

Klik dekat sini kalau korang berminat untuk menyertai Pusat Jagaan Hospis Kasih yang memberi perkhidmatan paliatif secara percuma kepada mereka yang mempunyai penyakit yang mengancam nyawa, termasuk kanser, HIV/AIDS, dan lain-lain.

Kechara Soup Kitchen

Terdapat bermacam aktiviti yang ada di Pertubuhan Amal Kechara yang korang boleh join tau untuk membantu komuniti kurang bernasib baik mendapat makanan dan barang keperluan. Korang juga boleh derma, menjadi volunteer dan juga support mereka di sini! 

Yayasan Orang Buta Malaysia

Organisasi ini membantu mereka yang buta atau buta separuh untuk mendapatkan bantuan dari segi teknologi yang paling terkini. Klik disini untuk fahami dengan lebih lanjut!

Orphan Care

Visi mereka adalah supaya tiada kanak-kanak didunia ini perlu berhadapan dengan sebarang ancaman untuk survive, Orphan Care ingin kanak-kanak untuk membesar dalam keluarga yang penyayang. Klik sini untuk info lanjut mengenai organisasi ini!

Persatuan Kebajikan Da Ai Malaysia

Antaran bantuan yang diberikan ialah  Great love and Cold Assistance [ Da-Ai Poverty Alleviation], Big A sickness assistance [ Da-Ai Medical Treament Plan], Big love medical and equipment assitance [ Da-Ai Medical Equipment Plan] dan Dying Life assistance[ Da-Ai Afterlife Arrangement Plan]. Nak tahu dengan lebih lanjut?Korang klik je kat sini!

Rumah Kita

Membantu ibu tunggal dengan keperluan asas seperti tempat tinggal, bantuan ketika mengandung dan juga keperluan bayi. Klik sini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Shelter Home for Children

Menyelamatkan dan melindungi kanak-kanak dari trauma berpunca dari penderaan seksual, pengabaian,menjadi mangsa atau pun saksi keganasan rumah tangga.  Korang boleh membantu kanak-kanak tersebut juga! Klik sini untuk layari lama web mereka.

Yayasan Tzu-Chi Malaysia

Terlibat secara meluas dalam misi kemanusiaan dalam dan luar negeri, organisasi ini memberikan bantuan secara meluas! Korang boleh check sendiri dekat sini!

Yayasan Chow Kit

NGO ini merupakan drop-in centre dan juga organisasi yang beroperasi selama 24jam untuk membantu dalam menyediakan makanan, terapi, pendidikan dan juga membantu dalam kes-kes tertentu. Klik dekat sini untuk fahami dengan lebih lanjut!

Bukan senang untuk badan-badan amal mendapat sumbangan untuk setahun terus tau. Memang tak terkatalah bila dapat bantuan sebegini, lagi-lagi masa musim pandemik. Memang bertuah sungguh! Diharap sumbangan begini dapat memberikan manfaat kepada penerima dan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk membantu golongan yang memerlukan.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×