Sabtu lalu, anak kepada penyanyi dan komposer Zul 2By2 iaitu Aida Merlisa selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya Wa’ie Asyraf.
Artikel Berkaitan: ‘Orang Luar Lebih Tahu Apa Dia Buat’ – Perkahwinan 19 Tahun Isma & Zul 2By2 Berakhir
Bahagia yang kedua
Difahamkan majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat sahaja.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah gambar memperlihatkan Zul bersama isteri baharunya yang juga penyanyi iaitu Intan Maya.
Turut menyorot perhatian adalah gambar bekas isteri Zul iaitu penyanyi Ismaliza Ismail bersama seorang lelaki yang dipercayai suaminya.
Difahamkan, foto Zul dan Isma bersama pasangan masing-masing itu diambil di majlis pernikahan anak mereka, Aida.
Susulan itu, segelintir netizen meluahkan rasa terkejut apabila baru mengetahui Zul dan Isma sudah pun bercerai dan masing-masing kini sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua.
Dalam pada itu, wargamaya turut menitipkan doa buat Zul dan Isma agar bahagia menjalani kehidupan bersama pasangan mereka.
Untuk rekod, Zul dan Isma bercerai pada awal tahun 2018 selepas 20 tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Zul atau nama sebenrnya Zulkefli Majid kemudian mendirikan rumah tangga dengan penyanyi yang juga ahli kumpulan The Girls iaitu Intan Maya pada Februari 2022.
Menurut sumber, Intan merupakan ibu tunggal dan memiliki empat orang cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suami.
Manakala, Isma yang juga kakak kepada penyanyi Tomok mendirikan rumah tangga dengan jejaka bernama Mohd Dzaki pada Disember 2019.