berita

Netizen Buat Permohonan Maaf Terbuka, Doa Agar Puteri Sarah Temui Kebahagiaan

July 19th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon Puteri Sarah Liyana memfailkan notis saman fitnah terhadap seorang individu yang didakwa bercakap perkara tidak benar tentang diri dan rumah tangganya di media sosial.

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof & Kazar Buat ‘Content’ Di Kedai Emas, Netizen Kecam Sebab Tak Jaga Hati Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: Dituduh Sengaja Hasut Satu Malaysia Benci ‘Skandal’ Suami, Puteri Sarah Saman Kaki Fitnah

Minta maaf

Terbaharu, Puteri Sarah memaklumkan dia sudah menerima permohonan maaf secara terbuka daripada individu yang menabur fitnah. Kenyataan itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram Stories, pada malam Isnin.

Menurut individu terbabit, dia telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Natasha Basheer and Associate.

Dapat ketenangan

Dalam pada itu, individu tersebut turut mendoakan agar urusan pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dipermudahkan Allah SWT.

Saya minta maaf sekali lagi kepada Puteri Sarah dan keluarga beliau yang berasa terkesan dan terasa hati dengan posting Instagram Stories saya.

Saya doakan semoga Puteri Sarah diberikan ketenangan dan kebahagiaan. Semoga segala urusan dipermudahkan. Insya-Allah.

Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung gangguan serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.

Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Sumber: Instagram @puterisarahliyana

SKIP THIS AD ×