Kontroversi rumah tangga yang melibatkan pelakon Puteri Sarah Liyana dengan suami, pengarah filem Syamsul Yusof dan Ira Kazar yang didakwa sebagai kekasih makin hangat diperkatakan.
Artikel Berkaitan: Pihak Ketiga Dakwa Balik Dari Umrah Nak Bercerai, Puteri Sarah Tegas Status Masih Suami Isteri
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Tak Kisah Kalau Syamsul Nak Bayarkan Saman Ira Kazar
Datang kedai emas
@rghaikimbyeongho Ustaz Adam beli emas dgn bapak ira kazar.latest news…?#fyp #foryoupage ? original sound – Rghaikimbyeongho
Terbaru, menerusi sebuah video di TikTok @Rghaikimbyeongho, Syamsul dan bapa kepada Ira iaitu Kazar Sanusi hadir ke sebuah kedai emas.
Dalam rakaman tersebut, kedua pelakon itu seakan sekadar membuat ‘content’ sambil memegang beberapa perhiasan emas.
Netizen marah
Bagaimanapun, tindakan Syamsul dan Kazar itu kurang disegani sehinggakan mendapat kritikan netizen di media sosial.
Ada wargamaya yang bengang kerana Syamsul langsung tidak menjaga hati keluarga terutama Puteri Sarah.
Dalam pada itu, rata-ratanya mendoakan agar pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin terus kuat dan tabah dalam menghadapi ujian tersebut.
Pada Khamis lalu, Puteri Sarah nekad memfailkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.
Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.
Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: TikTok @Rghaikimbyeongho