Pelakon Afifah Nasir dilihat membuat sesi ‘Ask Me Question’ di akaun Instagramnya. Menerusi sesi tersebut, Afifah mendapat soalan daripada netizen mengenai tips untuk mendapat suami yang betul-betul menyayangi isteri.
Artikel berkaitan: Afifah Nasir Tak Sangka Jodoh Dengan Abang Kawan Baik – ‘Kami Berjumpa Di Konsert’
Artikel berkaitan: [VIDEO] Baju Nikah Seksi Sampai Nampak Lurah Dada, Afifah Nasir Dikecam Teruk
Selesa jadi suri rumah tangga
Menurut individu yang bertanyakan mengenai soalan tersebut, dia berasa cemburu melihat kehidupan Afifah. Ini kerana, wanita itu sentiasa mendapat lelaki yang betul-betul menyayangi dirinya. Oleh sebab itu, individu tersebut mahu meminta tips daripada Afifah.
Ujar Afifah, ramai lelaki di luar sana yang baik. Tetapi suaminya iaitu Syed Hariz sangat ‘rare’. Tambah Afifah, dia percaya segala ketentuan yang ditakdirkan Allah SWT.
Di samping itu, adik kepada aktres Anzalna Nasir ini turut mendapat soalan sama ada masih berlakon ataupun tidak selepas kahwin.
Jelas Afifah, dia selesa menjadi suri rumah tangga selepas berkahwin.
Hariz lebih suka saya duduk rumah. Saya percaya. Setiap kali saya cakap ada shooting, macam-macam alasan dia bagi supaya saya tak payah pergi kerja. Jika saya boleh jujur, saya selesa jadi suri rumah tangga.
Terdahulu, Afifah pernah mengakui dia berasa seronok duduk di rumah menjadi suri rumah tangga. Malah, dia juga tidak menyangka dirinya mempunyai kebolehan untuk memasak selepas bergelar isteri.
Sumber: Afifah Nasir