berita

Netizen Dah Tak Kecam Isteri Haqiem Rusli, Puji Penampilan Pakai Gaun Persis Cinderella

August 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Anis Sofea

Sebelum ini, penampilan isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menerima kecaman hebat netizen gara-gara mengenakan kain terbelah sehingga mendedahkan bahagian pahanya.

Artikel Berkaitan: ‘Penat Suami Jaga Nama Baik Dalam Industri’ – Netizen Kecam Penampilan Kain Terbelah Isteri Haqiem Rusli

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Pantang Orang Kacau Isteri! Boleh Bertindak Luar Kawalan’ – Haqiem Rusli

Macam Cinderella

Anis Sofea

Bagaimanapun, lain pula ceritanya kali ini, apabila perkongsian terbaharu yang dimuat naik Anis di Instagram miliknya telah menerima pujian daripada wargamaya.

Menerusi perkongsian tersebut, Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofe Wan Zamzuri, berkongsi beberapa foto dirinya mengenakan busana gaun besar berwarna kelabu.

Anis kelihatan anggun dan elegan dengan busana yang menggunakan kain jenis sequin kilat di bahagian atas, manakala kembang di bahagian bawah.

Malah, wanita berusia 21 itu turut menulis kapsyen ‘pernahkah anda melihat gaun yang cantik? Lihatlah…’

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji kecantikan Anis dengan mengatakan dia lebih manis dengan pakaian sedemikian.

Dalam masa sama, ada juga segelintir wargamaya yang menyamakan Anis persis Cinderella.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×