Penyanyi, Haqiem Rusli enggan mengambil pusing dan memarahi netizen yang bertindak meninggalkan komen nakal serta mengecam isterinya, Anis Sofea berhubung beberapa perkara yang melibatkannya baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haqiem Rusli & Isteri Lebih Matang Hadapi Kecaman, Mohon Netizen Henti Menghukum – ‘Yang Bercakap Ini Pun Buat Dosa ..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mengaku Diri Seperti Rosé Blackpink, Isteri Haqiem Rusli Teruk Dibahan Netizen
Haqiem ‘pantang’
Ketika ditemui Oh Bulan!, Haqiem berkata, netizen berhak untuk bercakap apa sahaja, namun tidak di hadapannya kerana dikhuatiri dia akan bertindak di luar kawalan.
Jelas penyanyi itu, dirinya ‘pantang’ sekiranya orang tersayang diusik dan diganggu.
Saya tak mahu marah kepada netizen yang kecam isteri saya, mereka boleh komen apa sahaja tapi jangan cakap depan saya.
Saya tidak tahu apa akan berlaku kalau mereka cakap dengan saya. Saya pantang kalau orang kacau isteri saya.
Saya jenis kalau orang nak kacau saya kacau lah, tapi jangan kacau isteri saya, mak saya itu saya tak boleh. Saya risau akan bertindak di luar kotak (luar kawalan). Mereka orang yang saya sangat sayang.
Kalau mereka (netizen) nak nasihat boleh sahaja, nasihat melalui DM atau Whatsapp cuma jangan perli isteri saya depan-depan.
Haqiem berkata demikian ketika ditemui pada Konsert Jom Heboh yang diadakan di Shah Alam, pada Ahad.
Anis tak meroyan
Melanjutkan bicara, pelantun lagu Mimpi itu berkata, dia sudah pun berpesan kepada isterinya untuk bersiap sedia dengan sebarang kecaman apabila mengahwini dirinya yang juga seorang selebriti popular.
Saya dah pesan dekat isteri saya untuk bersedia dengan segala kecaman apabila mengahwini saya. Dia dah bersedia dengan perkara itu, kalau dia tak sedia mesti dah meroyan, tweet dekat Twitter atau post sesuatu.
Tapi dia tidak meroyan pun, sebab saya tahu dia juga sangat profesional. Mana yang beri nasihat akan ambil.
Sebagai manusia doakan yang terbaik untuk kami. Saya percaya sebagai seorang selebriti, privasi untuk kami mungkin sudah tiada.
Mereka yang bercakap tentang kami, mungkin aib mereka sedang ditutup oleh Tuhan, saya selebriti, jadinya lebih terbuka.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai wajah isterinya yang dikatakan mirip usahawan sensasi Liana Rosli atau mesra dengan sapaan Kak KM, penyanyi berusia 25 tahun itu enggan memberi sebarang komen.
Itu saya tak mahu komen.
Terdahulu, nama Anis menjadi kecoh di laman sosial apabila penampilannya di sebuah acara diperkatakan kerana dilihat seakan tidak bersiap. Malah netizen mempersoalkan adakah dia tidak menggunakan khidmat penata rias untuk ke acara berkenaan.
Selain itu, penampilan terkini Anis yang tidak lagi mengenakan tudung sejak Syawal lalu turut menjadi bualan apabila netizen menyamakan wajahnya mirip Kak KM.
Malah, Anis turut menerima kecaman hebat selepas dia membuat kenyataan dengan mengakui wajahnya persis bintang popular Korea Selatan, Rosé dari kumpulan Blackpink.
Untuk rekod, Haqiem dan Anis pada 19 November 2021.
Video
@ohbulanofficial Haqiem Rusli enggan mengambil pusing dan memarahi netizen #ohbulan #sembangentertainment #haqiemrusli #pantang #orang #kacau #isteri ? original sound – OHBULAN!