Status kehamilan Noor Neelofa masih menjadi teka-teki dalam kalangan netizen sehingga ke hari ini. Terbaru, netizen mendakwa mereka yakin bahawa isteri kepada PU Riz itu sedang hamil.
Artikel berkaitan: Lepas Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Peminat Panggil ‘Mommy’ Dekat Neelofa – ‘Orang Pernah Mengandung Ja Tahu’
Artikel Berkaitan: Tag Nama PU Riz Di Bahagian Perut, Ramai Tanya Betul Ke Neelofa Hamil?
Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Neelofa Masa Live?
Kali ni lebih jelas
Menerusi sebuah posting di Instagram, netizen mendakwa sosok tubuh Neelofa kelihatan ketara berbeza daripada sebelum ini. Ujar netizen, ‘baby bump’ Neelofa juga semakin terlihat ‘besar’ dan teka-teki mengenai status kehamilannya mungkin bakal terjawab tidak lama lagi. Pada masa yang sama, netizen turut memerhati cara pemakaian Neelofa yang lebih selesa memilih jubah sejak belakangan ini.
Meskipun tuan empunya badan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung status kehamilannya, rata-rata netizen khususnya para peminat tetap mendoakan yang terbaik buat Neelofa dan suaminya.
Sumber: Markaz Tijaari