Di Instagram, isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie dilihat memuat naik satu rakaman video yang menunjukkan seorang individu tidak berpuas hati dengan kehidupan mewah yang dimiliki olehnya.
Artikel Berkaitan: Watie ‘Back Up’ Shuib Difitnah Tunai Umrah Guna Duit Perkeso – ‘Dia Bertahun Tak Ambil Gaji’
Artikel Berkaitan: Kena Denda RM17,500 Sebab Tak Bayar Caruman Perkeso Pekerja, Shuib Sedia Hadapi Ujian Dalam Perniagaan
Harta arwah elok tersimpan rapi
Menerusi video pendek tersebut, individu berkenaan mempertikaikan mengenai harga pakej umrah yang diambil oleh Watie. Menurut individu tersebut, Watie terlalu mewah. Berikutan daripada itu, Watie telah tampil dan menjawab mengenai isu berkenaan.
Bismillahirrahmanirrahim. Mummy terpanggil hari ini untuk buat penjelasan sebab nampaknya makin ramai yang dah terbuat fitnah tanpa sedar. Walaupun sebanarnya benda ni tak perlu pun tapi Mummy harap semoga kita dapat mengurangkan dosa sesama kita.
Soal bersedekah dan pahala ni memang seeloknya di buat dalam diam. Tapi nampaknya bila di diamkan, makin banyak yang dah tersalah anggap. Alhamdulillah berkat menjaga anak-anak yatim rezeki yang Allah bagi pada Mummy dapat Mummy kongsi dengan suami dan anak-anak.
Tambah Watie, tidak salah sekiranya dia menghabiskan wang untuk kebahagiaan rumah tangga. Ujar Watie lagi, dia berharap netizen tidak mengaitkan atau membandingkan kehidupannya dengan arwah Siti Sarah.
Tak dinafikan sedikit sebanyak ianya mengganggu kesihatan mental Mummy. Mummy pun ada hati dan perasaan. Mummy pun ada anak-anak yang perlu d beri perhatian. InshaAllah, harta arwah elok tersimpan rapi untuk anak-anaknya. Harap kita sama-sama menjaga kata-kata.
Sumber: Watie