berita

Netizen Dakwa Terkenal Dengan 1 Lagu ‘One Hit Wonder’ Saja, Imran Ajmain Buka Mulut! – ‘Sebab Mu Tak Dengar 40 Lagu Lain’

January 28th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Twitter, penyanyi, Imran Ajmain tampil membidas kenyataan seorang individu yang mendakwa dirinya hanya terkenal menerusi satu lagu ‘one hit wonder’ sahaja.

Dah bertahun-tahun itu juga

Dikatakan hanya ada satu lagu ‘one hit wonder‘ sepanjang penglibatan dalam industri muzik, Imran Ajmain memberitahu bahawa dia mempunyai 40 buah lagu yang lain. Tambahnya, individu tersebut mungkin tidak pernah tahu mahupun mendengar lagu-lagunya yang lain.

Sebab mu tak check dan dengar lagu-lagu lain. Ada 40 lagu lain. Tapi lagu ni yang buat duit. Jadi kita perahlah sampai kiamat. Rezeki untuk isteri dan anak-anak.

Berikutan daripada itu, salah seorang peminat Imran Ajmain tampil ‘back up‘ dan berkata bukan senang bagi penyanyi tersebut untuk mendapatkan identiti suara tersendiri.

Dia tahu tak, lagu one hit wonder tu la jadi sebutan sepanjang zaman. Meh nak bagitahu. Dengar lagu Dikalung kasihan, Seribu tahun, Selamat ulang tahun, Ghaibmu, Jika engkau pergi dengar sahaja suara, tahu dah siapa punya. Ingat senang nak dapat identiti suara.

Sumber: Imran Ajmain

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×