Minggu lalu industri hiburan dikejutkan dengan pemergian pelakon terkenal, Allahyarham Badrul Muhayat yang meninggal dunia dalam tidur di sebuah homestay yang terletak di Pulau Pinang.
Artikel Berkaitan: Pelakon Badrul Muhayat Meninggal Dunia
Dia orang yang baik
View this post on Instagram
Terbaharu, tularnya video memaparkan rakan pelakon, Didie Alias yang sebak mengenangkan kenangan manis bersama Arwah Badrul di Instagram (IG).
Menurut Didie, Allahyarham merupakan seorang individu yang mempunyai budi pekerti yang sangat baik sepanjang perkenalan mereka sejak beberapa dekad yang lalu.
Waktu nak kebumikan arwah, memang nampak muka dia tenang pasalnya dia memang orang yang baik.
Arwah memang orang yang sangat peramah, pergi mana-mana pun sentiasa senyum. Bila dia meniaga sama-sama dengan saya semua orang akan ditegurnya, semua orang disapanya.
Dia selalu kata pada saya, ‘Didie, kau jaga diri tau aku sayang kau’. Perkataan ‘sayang’ antara kawan-kawan ni menunjukkan yang kami ni dah macam satu keluarga dah.
Tambah pelakon drama ‘Takdir Yang Tertulis’ itu lagi, dia berasa sangat bersyukur kerana dapat memberikan penghormatan buat arwah teman baiknya itu buat kali terakhir di majlis pengebumian pada Ahad lalu.
Waktu saya dapat berita arwah dah meninggal saya minta nak tengok gambar dia buat kali terakhir sebab dia memang rapat dengan arwah bekas suami, Ridzuan Hashim.
Saya pun sangat kenal dengan ibu dan adik-beradik arwah yang lain. Ya lah, susah senang kami selalu bersama dari dulu lagi.
Alhamdulillah Allah dengar permintaan kami untuk kebumikan arwah di Kuala Lumpur. Dapatlah kawan-kawan yang lain tengok arwah buat kali terakhir.
Netizen kongsi kebaikan arwah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengatakan bahawa Allahyarham Badrul merupakan seorang artis yang sangat peramah kerana tidak lekang dengan senyuman setiap kali berjumpa dengan para peminatnya.
Lebih meruntun hati apabila terdapat satu komen yang mendedahkan kebaikan Allahyarham yang selama ini dilakukannya secara senyap tanpa pengetahuan orang lain.
Insan yang bermurah hati. Hari dia meninggal, dapat tahu dia merupakan salah seorang yang pernah menderma di surau taman kami.
Semoga roh Allahyarham Badrul Muhayat ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, al-Fatihah.
Sumber: Instagram